Salam sejahtera. Saya keliru akan penggunaan kata hubung "selagi" dan "asalkan". Ayat manakah yang tepat - "Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak" ataupun "Saya akan menjaga awak asalkan saya masih sayangkan awak"? Apakah perbezaan antara penggunaan "asalkan" dan "selagi"? | Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘asalkan’ sama maksud dengan frasa ‘dengan syarat’. Contoh penggunaan ‘asalkan’ dalam ayat ialah “Kau boleh pulang, asalkan pekerjaanmu sudah selesai”. Perkataan ‘selagi’ dalam konteks perbandingan dengan perkataan ‘asalkan’ seperti yang dikemukakan dalam pertanyaan pula bermaksud ‘selama atau sementara masih’. Contoh penggunaan dalam ayat ialah “Selagi hayat dikandung badan, aku tetap setia kepadamu”. Merujuk pada ayat yang dikemukakan, ayat yang betul ialah “Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak”. | Makna | 06.02.2019 |
Assalamualaikum. Perkataan selagi mana atau selagimana, dijarakkan atau dirapatkan. Terima kasih | Ejaan yang tepat ialah selagi mana. | Ejaan | 17.05.2016 |
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya. | Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 20.11.2010 |
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.) | Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 05.02.2014 |
1. Perkataan SEMASA, SEMOGA, BAHAWA, MANAKALA, AKAN, SELAGI, JIKALAU DAN TAKTALA a) penggunaan perkataan-perkataan di atas di dalam ayat b) bilakah perkataan - perkataan di atas ini boleh digunakan di dalam ayat. 2. | Tatkala bermaksud pada masa; pada ketika; pada waktu. Ayat Contoh: Tatkala itu, hari sudah gelap. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Ayat Contoh: Saya terpesona akan keindahan pantai pada waktu senja. Selagi bermaksud selama atau sementara (belum dan lain-lain 2. pd masa atau ketika. Ayat Contoh: Selagi ayah tidur janganlah kamu bising. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang tuan/puan berikan tadi. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
(i) Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. (ii) Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Untuk ayat (i) & (ii) apakah jenis ayat majmuk? (a) Ayat Kata hubung pancangan keterangan atau (b) Ayat Kata hubung gabungan | Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Kedua-dua ayat tersebut ialah ayat majmuk keterangan. | Tatabahasa | 16.11.2015 |
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya | Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat. | Tatabahasa | 10.03.2018 |
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus. | Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera.. | Karya | 16.12.2015 |
yang manakah betul,antara bahasa meleyu dengan bahasa malaysia? | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Ejaan | 14.08.2010 |
STATUS BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 04.08.2010 |