Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Boleh tak pihak tuan nyatakan serba ringkas tentang sumbangan DBP dalam pembinaan Bahasa melayu. 2. saya masih keliru dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.Adakah di sekolah sekarang dirujuk sebagai subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih di atas penjelasan ini.Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,  bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu.Lain-lain20.05.2008
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009
assalamualaikum..... apakah usaha memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu??

Sdr.,  

DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku berkenaan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan berdekatan untuk menyelesaikan persoalan tersebut:  1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. Dalam  soal bahasa Melayu dan bahasa Malaysia, selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walaup bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. DBP terus memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua urusan rasmi. DBP  juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Awam dan Sektor Swasta bagi memastikan bahasa kebangsaan digunakan secara betul dalam urusan rasmi.

Lain-lain28.09.2010

Kembali ke atas