Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya.1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul.
Ayat kedua dan ketiga betul.
Tatabahasa10.03.2013
Mengikut kamus dewan, [lantaran]1. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara;2. kerana, sebab. Adakah perkataan [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama? Adakah penanda wacana ini wujud?Untuk pengetahuan tuan, saya mengetahui [selain] dan [selain itu] mempunyai makna yang berbeza. Adakah [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama dengan [lantaran]?Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu.Tatabahasa23.10.2009
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka.

1) Asing pada pandangan matanya

2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka.

Tatabahasa13.10.2011
Tuan, Selamat sejahtera. Bolehkah tuan terangkan kepada saya 1. perbezaan penggunaan antara 'selain itu' dengan 'di sampingan itu'? 2. Tolong menerangkan kedua-dua tanda wacana tersebut dengan memberikan ayat contoh. Saya tidak dapat membezakan kedua-dua tanda wacana tersebut kerana saya merujuk kamus dan mengatakan kedua-dua tana wacana tersbut adalah sama. tetapi dalam latihan pelbagai pilihan wujud kedua-dua tanda wacana tersebut sebagai pilihan. oleh itu, saya minta jasa baik daripada pihak tuan untuk menerangkan kepada saya. sekian terima kasih.Selain itu dan di samping itu, kedua-duanya sama sahaja penggunaannya dan berfungsi sebagai penghubung yang menyampaikan maklumat tambahan yang diperkatakan sebelumnya. Oleh itu, soalan peperiksaan sepatutnya meniadakan pilihan jawapan yang memberi makna yang sama atau mempunyai fungsi yang sama.Tatabahasa07.10.2010
Salam hormat. Saya ingin bertanyakan tentang istilah 'jakun'. Adakah maksud lain bagi istilah itu selain daripada 1. suku kaum orang asli (OA), 2. halkum (Mn). Mengapakah masyarakat sering menggunakan istilah itu untuk menunjukkan sesuatu yang pelik, kolot dan seumpamanya. Terima kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi.Makna08.12.2010
1. Semasa membuat rumusan, kata hubung seperti selain itu, tambahan pula,di samping itu dikira sebagai berapa perkataan? 2. perkataan "jawaban" dan "jawapan" yang mana satu betul?

Saudara,

Frasa "selain itu", "tambahan pula" dikira sebagai dua perkataan. Ejaan "jawapan" ialah yang betul bukan "jawaban".   

Tatabahasa22.10.2010
soalan..untuk bantu anak saya.kata lawan bagi maksud...1)Maka 2) yang demikian 3) oleh itu 4) justeru 5)selain itu 6) jadi 7) di samping itu. itu saje.1) Perkataan maka mempunyai beberapa maksud, antaranya "bahawa", "dengan sebab itu" dan sebagainya. 2) "Yang demikian" bermaksud "yang begitu", "yang begini" atau "seperti itu". 3) "Oleh itu" bermaksud "dengan itu". 4) "Justeru" bermaksud "kebetulan", "tepat", "kena benar", "malahan" dan "bahkan".  5) "Selain itu" bermaksud "di samping itu". 6) 'Jadi" bermaksud "sebenarnya", "kalau begitu" dan sebagainya. 7)"Di samping" bermaksud "selain itu". Walau bagaimanapun, kesemua perkataan tersebut mempunyai makna yang tertentu bergantung pada teks,  konteks secara keseluruhan. Untuk lebih memahami maksud perkataan tersebut, saudara hendaklah menyertakan ayat yang lengkap.Makna02.02.2010
Mohon penjelasan: 1. Apakah ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain daripada Nabi Muhammad SAW? Adakah menggunakan kata ganti nama "baginda" juga?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, baginda merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul.Selain Nabi Muhammad SAW, baginda digunakan seperti di atas sahaja.Tatabahasa04.09.2012
Assalamualaikum.... Bolehkah kata ia diguna pakai selain daripada manusia. cth. 1.Kereta itu berwarna merah, ia diimport dari Jepun. 2. Perkara itu amat penting,ia perlu diselesaikan dengan segera.Dalam ayat pertama, 'ia' boleh digunakan kerana ia merujuk perkara atau benda yang dibicarakan. Manakala dalam ayat kedua, 'ia' boleh ditiadakan dengan menggantikannya dengan 'dan'.Makna28.11.2007
Salam sejahtera, Saya aada beberapa kemusykilan. 1. Penggunaan di kalangan dan dalam kalangan.-dalam kamus Dewan jelas menunjukkan penggunaan di kalangan, pelajar keliru apabila terdapat percanggahan dalam peperiksaan , menyatakan di kalangan salah dari segi penggunaanya. 2. Mohon penjelasan mengenai penulisan penanda wacana a) selain daripada itu b) oleh yang demikian c) sehubungan dengan itu penggunaan kata-kata ini berbeza mengikut penulis/penerbit buku. 3. Adakah pihak DBP memantau kesahihan penulis buku-buku rujukan/latihan /karangan Bahasa Melayu semua peringkat? Terima Kasih1. Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan.
2.  Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. Frasa "oleh yang demikian" betul dan membawa maksud lantaran itu. Frasa "sehubungan itu" dan "sehubungan dengan itu" betul. Walau bagaimanapun, frasa gramatis ialah 'sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu, perlu ada dengan.
3. DBP memantau penggunaan bahasa dalam buku teks/rujukan terbitan DBP sahaja.
Tatabahasa23.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas