Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
Adakah frasa "selain daripada" betul? Terima kasih.Frasa selain daripada merupakan bentuk lewah kerana perkataan selain sudah bermaksud lain daripadaTatabahasa14.06.2021
Mengapakah kita tidak boleh menggunakan perkataan"selain daripada itu"?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa24.06.2009
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa20.09.2006
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka.

1) Asing pada pandangan matanya

2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka.

Tatabahasa13.10.2011
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu  -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:
1. Sisipan -em-:  KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak
2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman
3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak
4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa26.07.2021
Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan?Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan.
Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar
2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh
Tatabahasa14.08.2013
selain daripada perkataan yang merujuk kepada tuhan, perlukah saya meletakkan huruf besar pada awak perkataan yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW?Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar.Ejaan07.11.2012
selain daripada perkataan reputBuruk atau lapuk.Makna18.11.2009
Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih.Salam sejahtera.

Untuk makluman,

Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja.
Lain-lain22.01.2020
12345678910...

Kembali ke atas