Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan selain itu berserta dengan juga dalam satu ayat benar atau tidak. Contohnya: Selain itu, Salmah juga tabah menghadapi dugaan. Perkataan "Selain itu", sudah menunjukkan bahawa terdapat isi yang lain yang akan diterangkan, malah perkataan "juga" turut memainkan peranan yang sama dalam ayat. Harap boleh mendapat jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih.Juga sebagai kata penegas hadir untuk memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Frasa "selain itu",  merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Tidak menjadi suatu kesalahan kata penegas "juga" hadir untuk menekankan maklumat tambahan dalam sesuatu ayat.Tatabahasa04.04.2014
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih.Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada,  peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung",  ...semua data murid perlu dimasukkan.Tatabahasa12.08.2013
mana satu betul selain itu atau selain daripada ituSelain itu.Tatabahasa20.08.2009
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU?Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan  'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri.Lain-lain10.06.2008
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayatAyat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia".Tatabahasa22.07.2016
salam, yg manakah benar, "selain itu" dan "selain daripada itu"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.Tatabahasa08.03.2012
Mengapakah kita tidak boleh menggunakan perkataan"selain daripada itu"?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa24.06.2009
Boleh saya tahu penggunaan kata 'juga' yang paling tepat antara 2 ayat yang berikut? 1. Selain itu, permainan bahasa juga dapat membantu... 2. Selain itu juga, permainan bahasa dapat membantu...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. maka kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa19.09.2019
Berapakah perkataan yang dikira dalam "selain itu" dan "di samping itu"?

"Selain itu" sebanyak dua perkataan dan "di samping itu" sebanyak tiga perkataan.

Lain-lain09.07.2009
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa20.09.2006
12345678910...

Kembali ke atas