Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan.1">

Tatabahasa24.07.2020
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
yang manakah betul: 1) selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek 2) selalu bertanya khabar dengan datuk dan nenek 3) jika 1) dan 2) salah, minta pihak dbp beri ayat yang gramatis Terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang betul ialah (1) Selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.04.2019
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya.Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas.Tatabahasa14.06.2012
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu.Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama.Tatabahasa20.03.2011
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
Tuan, frasa "bersetuju dengan pendapat" atau "bersetuju kepada / akan pendapat" lebih betul? Contoh penggunaan kedua-dua frasa ini dalam ayat: (1) Dia selalu tidak bersetuju dengan pendapat saya. (2) Dia selalu tidak bersetuju kepada / akan pendapat saya. Saya maklum bahawa maksud kata sendi nama "akan" disamakan dengan maksud kata sendi nama "kepada", iaitu menunjukkan sasaran. Pada saya, ayat yang lebih betul ialah ayat (2) dengan kata sendi nama "akan" atau "kepada", walaupun kebiasaan masyarakat ialah frasa "bersetuju dengan pendapat". Saya mengatakan frasa" bersetuju dengan pendapat" salah kerana kata sendi nama "dengan" bermaksud bersama-sama. Hal ini bermaksud, frasa "bersetuju dengan pendapat" bermaksud "bersetuju bersama-sama pendapat". "Pendapat" bukan orang, jadi "pendapat" tidak dapat berada bersama-sama kita. Oleh itu, kata sendi nama "dengan" adalah salah. Saya mengatakan frasa "bersetuju akan/kepada pendapat" lebih tepat kerana kata sendi nama "kepada" dan "akan" menunjukkan sasaran. Kata "pendapat" ialah sasaran kepada perbuatan "bersetuju", jadi, frasa "bersetuju akan pendapat" atau "bersetuju kepada pendapat" lebih jitu. Apakah pandangan tuan?Ayat yang gramatis ialah "bersetuju dengan pendapat..." bagi menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 280.Tatabahasa27.01.2015
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih.Jawapan:

1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul
2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang.
Tatabahasa04.11.2015
Salam sejahtera, Penggunaan kepada di bawah sesuai atau tidak? 1. Dia selalu bercakap dengan sopan kepada semua guru dan semua rakannya.Penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat adalah betul.Tatabahasa05.03.2017
123456789

Kembali ke atas