Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selama-lamanya

Puisi
 

Inang-inang padi Pak Daik,
     Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
     Tidak kulupa selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(6)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama?Perkataan 'buat' bukan kata sendi nama. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'untuk' kerana 'untuk' merupakan kata sendi nama. Frasa yang gramatis ialah 'untuk selama-lamanya' dan 'untuk kali pertama'.Tatabahasa02.08.2019
1. perkataan "segar-bugar" boleh merujuk kepada sayur-mayur, buah-buahan dan daging seperti ikan? 2. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamanya / selama-lamanya? terima kasih.Soalan 1 : boleh
Soalan 2 : Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, digalakkan menggunakan selama-lamanya
Makna06.09.2017
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan di bawah; Akan dikau dalam kenanganku selama-lamanya. Adakah ayat ini betul? Terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan kata sendi "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contoh: Wanita itu amat rindu akan anaknya. Selain itu, ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. Contoh: Wanita itu amat rindukan anaknya.

Jadi, ayat yang betul "Aku akan kenang dikau selama-lamanya".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.03.2019
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama? (Soalan in telah ditanya pada 2 Ogos 2019)Buat bukan kata sendi nama. Rujuk TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA m/s: 265 untuk penerangan lebih lanjut tentang kata sendi nama.Tatabahasa20.08.2019
Saya berharap sahabat karib saya dapat berkawan dengan saya selama-lamanya. Ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
istilah pesona nan grataPesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut.Makna03.11.2008
Perkataan seperti Yang Tetap Hidup, Yang Kekal, Yang tidak mengantuk dalam ayat di bawah perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Dari aspek penulisan bahasa Melayu, terdapat beberapa garis panduan yang lebih terperinci mengenai penggunaan huruf besar, terutamanya apabila merujuk sifat-sifat Tuhan atau Allah. Yang berikut merupakan penjelasan lanjut berdasarkan ayat yang diberikan:

 

1. Yang Tetap Hidup dan Yang Kekal

Kedua-dua istilah ini merujuk sifat-sifat Allah yang mulia. Mengikut kaedah penulisan rasmi, apabila menyebut sifat-sifat Allah, kita menulisnya dengan huruf besar untuk menunjukkan penghormatan kepada-Nya.

 

Contoh:

Yang Tetap Hidup, Yang Kekal (huruf pertama bagi setiap kata besar kerana frasa khusus yang merujuk sifat Allah).

 

2. Yang tidak mengantuk

Sifat Allah yang tidak pernah mengantuk ini juga merujuk kebesaran-Nya. Oleh sebab itu, turut ditulis dengan huruf besar pada perkataan Yang dan tidak mengantuk sebagai satu ungkapan khas yang merujuk sifat Allah.

 

Contoh:

Yang tidak mengantuk.

Ejaan19.11.2025
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
12

Kembali ke atas