Soalan : Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Soalan : Apakah tanda baca pada ayat di atas betul atau salah? | Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan "Selamat datang/Selamat hari jadi" kepada saya. Tanda baca pada ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.12.2020 |
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Selamat datang ke negeriku. 2. Selamat datang di negeriku. Minta tuan sertakan penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Selamat datang ke negeriku". Penggunaan sendi "di" adalah tidak tepat kerana ia adalah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan lain-lain. Sebagai contohnya, "Ali tinggal di Kuala Lumpur." Manakala sendi "ke" pula ialah kata sendi yang menunjukkan arah atau tempat dan lain-lain yang ditujui. Maka, penggunaan sendi "ke" adalah lebih tepat kerana ayat tersebut mengalu-alukan pelawat yang datang ke negerinya. | Tatabahasa | 15.12.2014 |
Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Apakah ayat di atas betul atau salah? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat datang kepada saya. 2. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. | Tatabahasa | 28.11.2020 |
SELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNEL | SELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNEL Mohon jelaskan soalan. | Lain-lain | 30.05.2013 |
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. | Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar." | Tatabahasa | 11.01.2014 |
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. | Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Salam sejahtera, saya ingin terjemah ayat dibawah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Yang mana lebih sesuai? WELCOME TO WORLD CLASS 1. Selamat datang ke kelas bertaraf dunia 2. Selamat datang ke taraf dunia Atau DBP ada terjemahan yang lebih sesuai? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk WELCOME TO WORLD CLASS ialah SELAMAT DATANG. PENERBANGAN BERTARAF DUNIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2022 |
Respon manakah yanh betul??? Selamat datang, Rajan. Silakan masuk. respon 1 : Baiklah, Puan Nora. respon 2 : Terima kasih, Puan Nora. | Respons yang lebih sesuai: "Selamat datang, Rajan. Silakan masuk." "Terima kasih, Puan Nora." | Tatabahasa | 23.05.2018 |
apakah kata ganti yang paling sesuai untuk perkataan 'selamat datang'? perkataan tersebut mestilah mempunyai elemen mesra alam seperti istilah 'we are pleased to welcome you..." dalam bahasa inggeris.tidak boleh terlalu panjang, mesti pendek dan tepat.hrp saudari/i di DBP dapat membantu | Ungkapan Selamat Datang itu memang sudah cukup santun dan sesuai digunakan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 30.10.2007 |
Salam, moto Selamat Datang Ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa & Pustaka, kenapa Ke, 'K' huruf besar? Bukankah 'ke' adalah kata sendi dan tidak perlu haruf besar? | Ke ialah kata sendi dan seharusnya dieja dengan huruf kecil. maaf atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih atas teguran. | Tatabahasa | 13.11.2007 |