Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. lagu "Selamat Hari Jadi" atau 2.lagu Selamat Hari Jadi Mana satu baru betul?atau ada jawapan lain yang sesuai.tolong sertakan sebab.lagu Selamat Hari Jadi - lagu ini telah diketahui umum dan dalam bahasa Melayu, penulisannya tidak perlu lagi dibubuh tanda petik.   Tatabahasa16.07.2008
Selamat sejahtera. Yang manakah tepat? Hari jadi atau hari lahir? Menurut sesetengah pihak, hari jadi ialah hari kita dijadikan, manakala hari lahir pula, hari kita dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih.

Makna03.10.2017
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira:  the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja.Makna07.09.2012
selamat sejahtera, tuan. 1. Saya meniup lilin (pada/di atas) kek (semasa/pada) hari jadi saya. sekian terima kasih

Salam sejahtera,

Jawapan yang sebetulnya ialah 'Saya meniup lilin di atas kek semasa hari jadi saya.'

Tatabahasa06.10.2012
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa.Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain.  Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan.  Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran.Makna24.07.2012
Salam sehati sejiwa. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Jadi istilah yang betul Hari Mantai ke Hari Bantai? Perkataan mantai tiada dalam istilah DBP. Mohon pencerahan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120728/re_11/Kekalkan-tradisi-Hari-MantaiSelamat pagi.

Perkataan Mantai merupakan dialek Negeri Sembilan. Walaupun perkataan tersebut dalam istilah DBP, pihak tuan/puan tidak dibenarkan menukar perkataan tersebut dengan perkataan lain. Sekian, terima kasih.
Istilah05.06.2016
Selamat petang tuan. Hari ini saya ingin bertanya mengenai gugus konsonan. Adakah gugus konsonan bermaksud dua atau lebih konsonan yang hadir berturut-turut atau bersama-sama dalam binaan KK(Konsonan+Konsonan)? Contohnya, binaan perkataan "stor" ialah KKVK (adakah binaan "stor" memang KKVK? Tolong semak adakah saya salah atau tidak. Jadi, huruf s dan t dalam kata “stor" ialah gugus konsonan? Harap tuan berikan penjelasan yang selanjutnya. Jasa tuan amat dihargai. Terima kasih!Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya  kl dalam klasik dan pr dalam protes. Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul.Tatabahasa27.06.2014
selamat sejahtera. perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Dua hari lepas saya tanya adakah perkataan yang berhuruf besar dalam tiga ayat tesebut sesuai untuk penggunaan ayat tersebut.Tuan/Puan kata ia tiak sesuai. Saya telah baca ayat in dalam majalah Dewan siswa yang diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.Tajuk malah ini ialah TIPIS NILAI KASIH SAYANG.Ayat-ayat tersebut telah diambil daripada tajuk pencemaran sungai.Jadi bagaimana perkataan tersebut kurang sesuai untuk ayat tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasihKami berpandangan dalam penulisan umum, penggunaan kata umum tanpa maksud tersirat/puitis lebih sesuai kerana mudah difahami. Sementelahan pula pelajar digalakkan membina ayat yang mudah difahami. Penerbitan majalah Dewan Siswa, berkemungkinan mengambil pendekatan menggunakan perkataan yang mengandungi maksud tersirat/puitis dalam rencana terpilih bagi tujuan menarik minat pembaca.Tatabahasa14.07.2016

Kembali ke atas