Salam Ramadan! Soalan saya ialah, yang mana satu betul; Selamat Hari Raya (nama seseorang) / selamat hari raya (nama) / selamat Hari Raya (nama)? Sekian, terima kasih! | Selamat Hari Raya betul | Lain-lain | 12.05.2020 |
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ Adha | Ejaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha. | Ejaan | 25.09.2012 |
minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU" | Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU" | Lain-lain | 30.09.2010 |
Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik... | Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54. | Lain-lain | 26.08.2011 |
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?" | 1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggal | Ejaan | 19.08.2013 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih. | 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____. 2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. | Tatabahasa | 19.08.2012 |
Assalamualaikum dan selamat hari raya,saya mempunyai beberapa manuskrip (General & Klasik),mohon nasihat DBP cara yang sesuai untuk memasarkan karya saya ini. Terma kasih | Waalaikumussalam. Tuan boleh menghantar bahan tuan bersama-sama surat kepada Ketua Editor Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk dinilai sekiranya sesuai untuk diterbitkan. | Lain-lain | 20.07.2016 |
A. salam tuan. Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Adakah Pihak DBP masih menerbitkan Antologi cerpen? Saya ada kira-kira 30 buah cerpen yang sudah disiarkan dalam berbagai akhbar dan majalah tempatan. Bagaimana cara untuk saya cuba ketengahkan cerpen-cerpen tersebut untuk pertimbangan DBP? Sekian terima kasih. | Sila alamatkan manuskrip tuan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. atau tuan juga membuat janji temu dengan beliau melalui pembantunya melalui talian 03-21479000/01/02. Manuskrip yang diterima akan dinilai pada peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. | Lain-lain | 27.06.2017 |
Assalamualaikum warga DBP. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Disini saya ada satu pertanyaan.. saya ada menghantar permohonan jawatan kosong untuk jawatan eksekutif pemasaran dan pembantu pemasaran kanan baru baru ini.. bolehkah saya tahu bila diproses akan permohonan tersebut dan penggilan interview (sekiranya saya layak) ? Mohon respon :) Terima Kasih.. :) | Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan, sila hubungi Bahagian Personel melalui talian am 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 10.07.2016 |