Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih. | Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak. | Tatabahasa | 20.05.2015 |
Adakah pandu cermat, jiwa selamat merupakan peribahasa? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Contohnya, "Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya". Oleh itu, berdasarkan pertanyaan saudara, frasa "Pandu Cermat, Jiwa Selamat" bukan dikategorikan sebagai peribahasa tetapi dikategorikan sebagai slogan atau cogan kata. | Lain-lain | 25.08.2020 |
Hi, PRPM menyenaraikan perkataan "babai" di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bolehkah "babai" digunakan sebagai terjemahan untuk "Bye" atau "Goodbye di dalam konteks penulisan buku atau terjemahan sari kata? Bolehkah diguna pakai sebagai alternatif singkat untuk "selamat tinggal"? | Kata "babai" ialah kata basahan yang hanya sesuai digunakan dalam ucapan harian secara tidak formal/rasmi. Untuk penerbitan buku karya kreatif, khususnya dalam dialog, dan penulisan sari kata, kata babai boleh digunakan menggantikan kata selamat jalan atau selamat tinggal yang biasanya diucapkan sambil melambaikan tangan. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 02.08.2024 |
apakah definasi keselamatan dengan tepat | Makna keselamatan merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah perihal selamat, kesejahteraan, keamanan. Harap maklum. | Makna | 01.12.2007 |
Selamat sejahtera, saya ingin dapatkan senarai harga buku-buku berikut, 1. Kamus dewan bahasa edisi terkini 2. buku daftar kata | Harga Kamus Dewan Edisi Keempat ialah RM60.00 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua ialah RM80.00. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Selamat sejahtera, adakah karyawanita merupakan kata imbuhan pinjaman? Hal ini adalah kerana di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada dinyatakan 'karyawanita' (rujuk halaman 308) tetapi saya tidak menemui cariannya di PRPM. Malah, ejaan 'karyawanita' dieja secara terpisah. Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Setelah merujuk halaman 308 di dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kami tidak menemui perkataan karyawanita. Perkataan karyawanita terhasil apabila karyawan menerima akhiran nita dan dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 308. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll). Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis. | Makna | 25.05.2017 |
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. | Makna | 07.08.2014 |
Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60 | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60" | Lain-lain | 14.08.2017 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |