Selamat Sejahtera, 1. Saya mempunyai kemusykilan untuk mengetahui golongan kata 'nya' yang bergabung dengan perkataan 'misalnya' dan 'contohnya'. Adakah 'nya' dalam perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata pascakata yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda? 2. Boleh jelaskan juga apakah sebenarnya golongan kata untuk perkataan 'misal', 'contoh' dan 'barangkali. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. "Misal" dan "contoh" terdiri daripada kata nama, manakala "barangkali" terdiri daripada kata tugas. | Istilah | 01.08.2013 |
Selamat pagi Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Biasanya, kita menulis "hamba-Nya" untuk merujuk hamba Allah. Namun, bagaimana pula kalau dalam penulisan tajuk? Contoh: PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA ATAU PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBA-NYA? Setahu saya, penggunaan hyphen tersebut adalah untuk memisahkan penggunaan huruf kecil dan besar. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia. Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah pula hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Oleh itu, sekiranya menggunakan huruf besar, ejaan yang betul ialah HAMBA-NYA. | Istilah | 03.02.2020 |
Selamat Petang, Tuan/Puan. Saya Lee, orang Korea. Saya ingin bertanya mengenai BM. Dalam lagu kebangsaan Malaysia, ada ungkapan "Tanah Tumpahnya darahku". Dalam BI, ungkapan itu adalah "Tanah Tumpah darahku". Apakah fungsi '-nya' di 'tumpahnya'? Apakah ini berfungsi nominalisasi atau penunjuk urutan kata atau yang lain? Ini pertanyaan saya, Tuan/Puan. Atas perhatiannya, saya ucapkan terima kasih banyak. Salam takzim, Lee. | Untuk makluman tuan/puan -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga yang digunakan pada manusia dan kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya, tumpahnya- Lajunya ialah 100 km sejam. Tanah tumpahnya darahku. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
Salam tuan,selamat hari raya di sana! Saya ada dua soalan yang memerlukan penerangan tuan. 1) Mengapakah "teringat dengan" tidak boleh diterima? Ayat: Saya teringat dengan dia. 2) Adakah kata nama boleh ditambah -nya untuk menunjukkan kesan penekanan? Ayat: Suaminya di mana? ( "suaminya" di sini tidak merujuk kepada suami dia. Pemcakap cuma ingin berkata jodohnya belum ditemui lagi,jadi adakah "suaminya" betul?) Saya telah semak nota berkaitan kata pembenda,kata penekan. Namun saya tidak nampak sumber yang boleh membuktikan ayat itu benar. ----- Ayat yang biasa dengar,pelayan selalu akan sebut "semuanya dua puluh ringgit.". Adakah "semuanya" di sini betul juga? Adakah "semua" ialah kata adjektif membuatkannya betul? ---- Terima kasih tuan! | 1. Frasa “teringat dengan” atau ayat “Saya teringat dengan dia” tidak betul kerana kata sendi nama “dengan” yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama, hanya digunakan untuk membawa maksud seperti yang di bawah sahaja, iaitu: i. Membawa maksud bersama-sama atau berserta ii. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan iii. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat iv. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama Ayat yang betul ialah “Saya teringat akan dia”. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1546, perkataan “-nya” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, seperti rumahnya, suaminya dan yang seumpama dengannya. Selain itu, kata ganti nama diri orang ketiga “-nya” boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk kata ini hadir selepas perkataan. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 104 dan 295-296.
| Tatabahasa | 11.04.2024 |
Selamat petang, saya nak tanya kalau papan ilkan kebanyakkan nya dalam bahasa inggeris, hanya dua perkataan sahaja dalam bahasa melayu. perlu ke saya hantar permohonan iklan? Pihak kami memerlukan pengesahan DBP untuk memohon elesen DBKL. saya sertakan gambar papan iklan untuk rujukan pihak tuan. | Nama yang berdaftar dengan SSM boleh digunakan, namun papan premis yang dihantar perlu beberapa pembetulan 1. Pembetulan pada alamat. a. No. (titik perlu untuk singkatan) b. Ejaan Block tukar kepada Blok 2. Alliance Property Advisory - Sekiranya telah berdaftar, sila nyatakan NO. SSM atau NO. TM (tanda dagang) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk semakan dan rujukan kami (dalam sistem Sah Bahasa). Sekiranya belum Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). 3. Training Centre - Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). | Lain-lain | 06.12.2023 |
Selamat sejahtera, Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya/baginda (-nya/baginda) diserang hendap oleh musuh. Yang mana satu betul Terima kasih. | Kedua-duanya betul. Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya diserang hendap oleh musuh. dan Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tentera baginda diserang hendap oleh musuh. | Tatabahasa | 18.12.2023 |
selamat petang Adakah ayat berikut betul. 1. Manisnya sungguh senyuman penyambut tetamu itu. terdapat guru menyatakan tidak perlu letak -nya. Macammana pendapay cikgu. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah manis sungguh senyuman penyambyt tetamu itu. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya? | Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 19.08.2015 |
Selamat sejahtera, Betulkan perkataan 'ianya' salah digunakan dan tidak boleh digunakan? | Kata ia ialah kata ganti nama diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia (Kamus Dewan, 2007:556) Kata -nya juga merupakan kata ganti nama diri orang ketiga seperti beliau, dia (Kamus Dewan 2007:1087). Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan yang betul ialah ia bukan ianya. | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Selamat sejahtera, Soalan: 1. Apakah maksud/perbezaan bagi sebelum and sebelumnya? 2. Jika saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "Previous" dan "Next" dalam bahasa Malaysia. Apakah perkataan yang sesuai bagi kedua-dua perkataan ini? Sekain terima kasih. | 1. Penggunaan "-nya" pada perkataan "sebelumnya" membawa fungsi sebgai "kata pembenda" iaitu perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai nama kata nama, contohnya; Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya termasuk juga Sebelumnya. 2. "Next" boleh diberikan pelbagai padanan contohnya sebelah;sesudah; selepas; berikutnya; manakala "previous" boleh diberikan padanan sebelumnya; terdahulu. Kedua-dua padanan ini boleh diberikan padanan tepat dengan mengambil kira konteks penggunaan dalam ayat. | Makna | 02.02.2014 |