Betulkah jika kita tulis frasa 'selamat pagi seperti berikut: -Selamat pagi. ( Huruf awal ditulis dengan huruf besar dan ada tanda noktah pada akhir frasa) | Ejaan yang betul ialah "Selamat pagi." | Ejaan | 07.10.2011 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih. | 1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan. | Lain-lain | 12.04.2013 |
Soalan ini berbentuk dialog : 1. Selamat pagi, puan. Saya ingin membeli alatan untuk menjahit baju saya yang terkoyak ini. Apakah alatan yang saya perlukan ? Bolehkah dijawab seperti berikut, andainya tidak, tolong perbetulkan. Jawapan : a) Selamat pagi, puan. Alatan yang kamu perlukan ialah benang dan jarum. b) Selamat pagi, puan. Alatan yang diperlukan oleh puan ialah benang dan jarum. | Untuk soalan tersebut, kedua-dua jawapan yang diberikan boleh digunakan. | Lain-lain | 14.03.2017 |
Selamat pagi. Apakah jawapan untuk soalan yang dilampirkan. | Selamat pagi, Jawapan yang tepat ialah D. I dan IV. Kesalahan pada ayat II terdapat pada perkataan "mendapatkan" kerana yang perkataan yang tepat ialah "mendapat". Kesalahan pada ayat III pula pada penggunaan perkataan perhatikan kerana sepatutnya digunakan "memerhatikan". | Lain-lain | 08.09.2015 |
Selamat pagi. Kami (kagumi / kaguman) semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? Terima kasih. | Selamat pagi, Ayat yang tepat ialah, Kami mengagumi semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Sam Liew ISN 11.10 PAGI Selamat pagi, Tuan / Puan Minta bantuan untuk menyemak status permohonan pengesahan Bahasa iklan. No. permohonan ialah 4352/2017 dan 4336/2017. Terima kasih. | Permohonan tuan telah diproses. | Lain-lain | 10.07.2017 |
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "the differential mode of association" dan "organizational mode of association"? Terima kasih. | Selamat pagi, Antara cadangan yang boleh diberikan ialah The differential mode of association -Perbezaan pengendalian kesatuan Organizational mode of association - Perbezaan pengurusan kesatuan | Makna | 13.03.2020 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP. | Ejaan | 14.07.2014 |
Selamat pagi. Bagi ayat berikut : Cikgu Ganesh nenjelaskan kepada murid-murid tentang cara ______________ alat pemadam api. Jawapan menggunakan atau penggunaan. Terima kasih. | Selamat pagi. jawapan yang paling sesuai ialah Cikgu Ganesh menjelaskan kepada murid-murid tentang cara penggunaan alat pemadam api. | Tatabahasa | 09.10.2017 |
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Mereka tertarik oleh kecantikan aku. (b) Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Sila jelaskan. Terima kasih. | Selamat pagi. Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud "sebab" seperti dalam ayat "tertarik oleh kecantikan aku" sebenarnya membawa maksud "tertarik oleh (sebab) kecantikan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tertarik oleh kecantikan aku" , manakala kata sendi nama "dengan " tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.10.2014 |