Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, Saya ingin membuat pengesahan pengunaan bahasa melayu yang betul seperti dalam lampiran.Selamat petang,

Saya telah meneliti lampiran yang disertakan dan mendapati visual tersebut tidak mengandungi sebarang kesalahan. Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain14.07.2015
mohon senggang waktu bagi setiap ucapan di bawah. selamat tengah hari selamat petang selamat malam *adakah tempoh tengah hari dari jam 12 hingga 12.59??

Encik Ahmad Sabri,

Ucapan selamat tengah hari diucapkan pada masa 12.00 hingga 1.59 tengah hari

Ucapan selamat petang bermula daripada pukul 2.00 petang hingg 6.59 petang

dan selamat malam bermula daripada pukul 7.00 hingga 1.59 malam

Lain-lain04.10.2010
Saudara, Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak saudara tentang ucapan salam yang sering kita gunakan. Contohnya Selamat pagi, Selamat tengah hari dan Selamat petang dan Selamt malam. Yang mengelirukan saya ialah ucapan salam dalam bahasa Malaysia untuk 'Good evening'. Adakah kita menggunakan Selamat petang, Selamat senja atau Selamat malam? Dari pukul berapakah kita boleh menggunakan 'Good evening' di Malaysia? Atau, sehingga pukul berapakah kita boleh menggunakn Selamat petang? Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANUcapan selamat malam ialah padanan bagi ucapan good evening dalam bahasa Inggeris dan biasanya digunakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.59 malam. Waktu petang adalah dari pukul 2.00 petang  hingga 6.59 petang.Lain-lain09.11.2008
Liew Yann Pei 6HB JULAI 2.25 PTG Selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin tanya pejabat utama DBP di KL ada buka pada hari sabtu? Saya ingin memohon rakan DBP hari sabtu saya bekerja separuh hari sahajaSelamat petang. Pusat Dokumentasi Melayu hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja.Lain-lain13.07.2017
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
Selamat petang. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "win-win situation"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "win-win situation" ialah situasi sama menang.Lain-lain08.08.2020
Selamat petang. "Kata-kata Mutiaria Xi Jinping", adakah ungkapan ini betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah “Mutiara Kata Xi Jinping”. Mutiara kata bermaksud kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.Tatabahasa08.08.2020
selamat petang tuan, minta tolong tuan, sila luluskan papan iklan saya..sebab Pegawai MBJB tidak benarkan saya berniaga tanpa kelulusan dari pihak tuan, sila luluskan papan iklan saya secepat mungkin, sudah 3hari saya hantar permohonan saya...ribuan terima kasih kepada tuan....Sila nyatakan No. Permohonan iklan anda bagi memudahkan semakan kami.Lain-lain02.06.2020
Selamat petang. Perbezaan antara membimbit dan menjinjing adalah membimbit digunakan untuk benda yang lebih berat seperti beg bimbit manakala menjinjing digunakan untuk benda yang lebih ringan seperti beg plastik. Adakah penjelasan ini betul?Untuk makluman, “membimbit” dan “menjinjing” membawa maksud yang sama, iaitu membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah atau membawa sesuatu dengan jari. Tidak ada perbezaaan sama ada barang yang dibawa itu ringan ataupun berat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih ganti.Tatabahasa23.05.2020
Selamat petang. Apakah penjodoh bilangan yang digunakan untuk gelang?Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas.

Contoh dalam ayat: Aminah memiliki beberapa utas gelang tangan.
Tatabahasa03.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas