Ibu Negeri Selangor atau ibu negeri Selangor. | Frasa yang betul ialah Ibu negeri Selangor. | Tatabahasa | 22.01.2025 |
SAPAAN SULTAN SELANGOR | DYMM SULTAN SELANGOR | Lain-lain | 06.09.2010 |
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
.... terletak di Negeri Selangor atau ... terletak di negeri Selangor. | Frasa yang betul ialah “... terletak di negeri Selangor.” | Tatabahasa | 22.01.2025 |
"di daerah Hulu Selangor" atau "di Daerah Hulu Selangor". Adakah huruf "d" dalam perkataan daerah perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? Terima kasih. | frasa yang betul ialah "di daerah Hulu Selangor." Kata daerah ditulis huruf kecil. | Ejaan | 29.09.2020 |
Adakah ejaan negeri yang hadir sekali dengan nama negeri dieja; Negeri atau negeri Selangor? | Ejaan yang betul ialah negeri Selangor. Penggunaan huruf besar hanya pada kata nama khas. Contohnya, Festival Membaca Peringkat Negeri Selangor. | Ejaan | 11.03.2025 |
Yang manakah tepat? 1) tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak; atau 2) tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak. Penggunaan koma sebelum iaitu. Terima kasih | Tanda koma boleg digunakan sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan "iaitu", "yakni", "misalnya" . Contoh ayat " Banjir besar berlaku di tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak." | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan? | Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan. | Istilah | 03.08.2011 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.) | Saudara, Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih. | Encik Ming Hui, Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana. | Makna | 06.07.2010 |