Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah) | Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih............. | 1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275. 2. Bergantung pada keputusan pengadil. 3. Sepucuk pistol 4. Selaras senapang 5. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Saya ingin mengetahui adakah betul/tepat perkataan/kosa kata yang digunakan dalam ayat yang berikut : "Mengukuhkan pengurusan institusi Mal yang bertadbiruruskan terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah" | Cadangan kepada soalan yang dikemukakan - Mengukuhkan pengurusan Institusi Mal yang mempunyai tadbir urus terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf ekonomi ummah. | Tatabahasa | 11.06.2007 |
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. | Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. | Tatabahasa | 31.03.2015 |
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBP | Peranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.04.2013 |
Assalamualaikum dan Selamat petang. Perkara : Mendapatkan kelulusan bagi tanda nama perniagaan selaras dengan syarat dari Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung dengan kelulusan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengenai kelulusan tanda nama perniagaan sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Bersama dengan ini saya sertakan tanda nama perniagaan syarikat. Nama syarikat : NIPPON WIPER BLADE (M) SDN BHD Jenis perniagaan : Perkilangan Kami berharap agar mendapat kelulusan dari pihak jabatan. Sekian terima kasih Yang benar. Mohd Fazlee Bin Sharif Pengurus Jabatan Sumber Manusia | Untuk makluman tuan, pengesahan iklan DBP tidak mengesahkan nama khas kecuali ada keterangan lain dalam bahasa Melayu seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian paling atas. Slik klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 27.01.2015 |
Kata Nafi tang manakah lebih tepat untuk digunakan di dalam ayat di bawah: Para pelanggan yang dihormati, Selaras dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia, caj baru bagi pemprosesan cek sebanyak RM0.50 akan berkuatkuasa pada 2 Januari 2015 dan TIDAK/BUKAN pada 1 April 2014. Beralihlah kepada kemudahan pemindahan dana GIRO Antara Bank (IBG) sekarang, hanya RM0.10 untuk setiap transaksi. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, kata nafi yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "bukan". | Tatabahasa | 18.04.2014 |
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." | Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut: "Polisi Perakaunan yang dicadangkan oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata diuar-uar dan wara kurang tepat. Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Tambahan pula, polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras bahasa undang-undang. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah. | Makna | 05.06.2009 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |