apakah perbezaan antara selari dengan bersiri? | Selari bermakna sama hala, arah atau sejajar; bersiri bermakna rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku, dll) yang dikeluarkan *disiarkan) bertuurt - turut. | Makna | 22.02.2008 |
apakah perbezaan antara selari dan bersiri? | Selari ialah sama hala, arah; sejajar. Bersiri ialah rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku,dll) yang dikeluarkan (disiarkan) berturut-turut. | Makna | 22.02.2008 |
Apakah jenis kesalahan bagi contoh di bawah? "jambatan pulau pinang". Kata nama khas ini tidak ditulis secara selari. | Bagi kata nama khas setiap awalan perkataan itu hendaklah ditulis dengan huruf besar, iaitu Jambatan Pulau Pinang walaupun tidak ditulis secara selari. | Tatabahasa | 21.02.2009 |
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas. | Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK. Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Pengajaran bahasa melayu Mengapa tempat rujukan sepeti kamus dewan PRPM tidak selari Maksud saya ada perbezaan Mengapa perkara ini berlaku dan yang manakah rasmi | Soalan yang diajukan tidak difahami, mohon nyatakan soalan yang lebih jelas berserta contoh supaya pihak kami dapat membuat tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 12.03.2020 |
Terjemahan bagi terma "Code of Practice" ialah Tataamalan. Boleh kan Tataamalan di tambah perkataan Kod di depan nya dan menjadi Kod Tataamalan bagi menjadikan ia selari dengan Code of Practice? | Menurut data kami, terjemahan bagi "Code of Practice" ialah tataamalan dan perkataan tersebut telah mantap tanpa perlu ditambah dengan perkataan "kod" di hadapan. | Makna | 04.05.2016 |
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. | Istilah | 20.06.2008 |
Saya ingin mendapatkan pandangan pihak DBP untuk iklan yang dilampirkan ini. Adakah isnya kurang tepat? | Penggunaan perkataan latitud mungkin agak mengelirukan, apalagi jika ditulis latitud 22. Latitud ialah garis pada peta yang selari dengan khatulistiwa. Seharusnya dalam penulisan iklan, lebih baik digunakan perkataan yang lebih mudah difahami dan jelas maknanya. | Lain-lain | 11.10.2007 |
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong | Merujuk makna 'pelopor' ialah orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati fokus dan kandungannya. Berdasarkan tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan. Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penterjemahan suatu istilah yang saya lihat seperti disalahterjemah di dalam akhbar. Ini adalah contoh ayat dari sebuah akhbar tempatan: “KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.” Apakah istilah Bahasa Melayu bagi "zero reject policy"? Saya lihat akhbar-akhbar tempatan menterjemahnya sebagai dasar penolakan sifar, yang pada pendapat saya agak mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan konteks kerana membawa maksud yang agak berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam situasi ini (situasi berkenaan seorang pelajar yang hampir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan). Tetapi mungkin pihak tuan/puan mempunya pendapat berbeza. Harap boleh bantu. Terima kasih. | "Zero reject policy" boleh diterjemahkan sebagai dasar penolakan sifar. | Istilah | 21.11.2018 |