Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari ketiga dlm seminggu, selepas hari Isnin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari yg ketiga dlm seminggu; hari selepas hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasa

Puisi
 

Malam ini malam Selasa,
     Malam besok malam Arbaª;
Lepas kamu dari seksa,
     Di hari kiamat minta doa.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cuba tanya, bagi perkataan “Saya”, “Selasa” dan sebagainya, bagaimanakah kita menyebut vokal “a” pada akhir perkataan tersebut? Terima kasih.Sebutan baku bagi perkataan "saya" dan "Selasa" dibunyikan "a".

Untuk penerangan lanjut, puan boleh rujuk pautan yang disertakan.

http://klikweb.dbp.my/?p=4456
Lain-lain31.01.2021
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
Singkatan 3 huruf untuk hari, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad? Cth: Isnin = IsnBuat masa ini, belum ada singkatan untuk perkataan hari dan ditulis penuh.Ejaan22.04.2021
SAYA KESHIKA HAMSYINI.TUAN/PUAN SILA TERANGKAN APAKAH PERBEZAAN MINTA DENGAN TOLONG?HARAP TUAN AKAN MENJAWAB SEBELUM 28/7/2015 [SELASA]

PERBEZAAN ANTARA MINTA DENGAN TOLONG:

Dalam konteks pembentukan ayat, kedua-dua kata "minta" dan "tolong" dikenali sebagai ayat permintaan. Contoh penggunaan kedua-dua kata ini dalam pembentukan ayat adalah seperti yang berikut:

(a)   Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
(b) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

Dalam konteks makna, kata minta membawa maksud menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (untuk mendapat sesuatu), Manakala kata tolong membawa maksud minta bantuan (sokongan). Dari segi makna dan fungsi kedua-duanya kedua tidak mempunyai perbezaan yang jelas, namun dari dari segi konteks penggunaan minta lebih formal daripada tolong.  

Tatabahasa26.07.2015
1. Adakah ayat-ayat ini betul: i) Setiap pekerja perlu memastikan bahawa majikan membuat caruman pendapatan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. ii) Pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak sekolah kami. iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. 2. Ayat mana satu yang betul: i) Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya. ii) Sedangkan Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, apatah lagi adiknya.

Ayat  i dan ii betul.

Ayat (iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa, kurang tepat kerana kata pemeri “adalah” tidak boleh hadir di hadapan prasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Ayat  “Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya” perlu diedit seperti yang berikut “Bukan Yasmin sahaja tidak termakan gulai yang pedas itu, malahan adiknya.”

Tatabahasa29.10.2020
Salam..saya ingin bertanya tentang kata nama khas bagi perkataan " Hari Deepavali". Huruf H pd perkataan "hari" perlu ditulis dgn huruf besar @ tidak? Bagaimana pula dgn hari Isnin, Selasa, Rabu & seterusnya? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar pd perkataan " hari ".. harap dapat berikan penjelasan.terima kasihEjaan yang betul ialah hari Deepavali sama seperti hari Isnin. Kekeliruan timbul kerana ungkapan Hari Deepavali sering digunakan dalam rangkaian nama khas seperti Selamat Menyambut Hari Deepavali, maka Hari Deeapavali dieja dengan huruf besar pada pangkal katanya.Ejaan23.07.2015
kata nama khas dibahagikan kepada berapa golongan. Hari, dan bulan ditulis dengan huruf besar. Jika begitu, bulan dan hari di bawah golongan apa. terima kasihHari dan bulan seperti Isnin, Selasa, Mac dan April tergolong dalam kata nama khas tak hidup.Tatabahasa05.04.2011
polimik tentang bahasa melayu atau bahasa malaysia. apa yang sebenarnya berlaku sehingga timbul isu bahasa melayu yang di tukar menjadi bahasa malaysia? adakah peristiwa yang berlaku di sebalik pertukaran nama bahasa?Mohon agar saudara membuat rujukan pada Akhbar Berita Harian, Selasa 5 Jun 2007 tajuk - Bahasa Malaysia Untuk Semua.Lain-lain24.08.2007
Bagaimanakah saya boleh menganjurkan kursus Penutur asing dan cendekia Bahasa yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia(DBP)?Hal ini dikatakan demikian kerana Saya belum menganjurkan kursus Penutur Asing pada MacSalam sejahtera,

Kursus Penutur Asing

Kursus penutur asing akan diadakan setiap hari selasa dan khamis. Diadakan dari pukul 10pagi-12tghari. Peserta akan didedahkan dengan empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Jika berminat boleh hubungi pegawai projek, Puan Amirah Syafawani binti Ab Aziz melalui talian 03-21470211 atau e-mel syafawani@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik?

Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut  dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.  Media elektronik, misalnya  radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera.  

Lain-lain12.05.2008
12

Kembali ke atas