Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.sar] | سلاسر

Definisi : sambungan pd ibu rumah (yg mengan­jung ke luar), sj serambi (beratap atau tidak): segala anak tuan-tuan yg bersahaja-sahaja duduk di ~ balai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.sar] | سلاسر

Definisi : sambungan pd rumah yg me­nganjur ke luar; beranda atau serambi (ada yg beratap dan ada yg tidak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012

Kembali ke atas