Salam sejahtera, Soalan : a) Selayang Kusayang b)Selayangku Sayang. Yang manakah slogan di atas betul dan apa sebabnya. Terima kasih. Wong Chak Keong | Untuk makluman, kata ganti nama singkat hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkan, sama ada di pangkal kata kerja atau di hujung kata nama. Penggunaan yang betul ialah Selayangku sayang. | Tatabahasa | 01.07.2020 |
Jabatan Kesihatan Daerah Gombak melancarkan Kempen Anti Denggi di Taman Selayang Jaya. Adakah betul perkataan Antidenggi perlu dirapatkan? | Anti ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Maka ejaan yang betul ialah antidenggi | Ejaan | 12.05.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.01.2019 |
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih. | Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
| Tatabahasa | 13.04.2017 |
Pengesahan visual iklan berwarna untuk ZL LIGEL MOTORSPORT NO.53 JALAN SELAYANG SEGAR, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN. | Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “dbpsahbahasa.my”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak). | Lain-lain | 10.01.2020 |
Mohon ulasan daripada pihak tuan untuk visual papan iklan. agensi yang terlibat : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) | Mohon tuan/puan layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk semakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 09.04.2018 |
Assalamualaikum, saya memerlukan bantuan pihak DBP untuk "pengesahan papan tanda" restoran saya di IIUM Gombak untuk pendaftaran Majlis Perbandaran Selayang. Terima kasih. | Sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan bahasa. | Lain-lain | 20.02.2017 |
Salam, mohon bantuan semakan bagi ayat iklan seperti di lampiran. Terima Kasih di atas bantuan pihak Tuan. AHMAD FAUZI ISHAK Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang 03-6126 5800 / 012-2984727 | 1. Buang perkataan "Bagi Tujuan". Terus kepada Draf Rancangan..... 2. Tukar GunaTanah kepada Guna Tanah 3. Tukar Zoning kepada Pengezonan 4. Tukar daripada kepada dari 13 Mac... 5. Selaraskan tarikh kepada 13 Mac 2017 hingga 14 April 2017 6. Tukar kepada dialamatkan 7. Tukar kepada Tel.: (letak titik) dan E-mel: | Penyemakan dan penterjemahan | 03.03.2017 |
as salam tuan/puan saya perlukan kidmat nasihat tuan untuk beri kelulusan bahasa yang tertera di gambar banner yang saya lampirkan untuk tujuan kelulusan pihak majlis perbandaran selayang MPS bagi mengantungkan banner dikawasan berhampiran premis saya. terima kasih saya dahulukan atas kerjasama daripada pihak tuan. yang benar addauwais | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.12.2015 |
Assalamuaikum tuan, Saya Muhammad Zarul Azam pelajar UiTM Seremban 3 dan saya dari persatuan Corporate Administration Student Society. Persatuan saya ada buat program membantu kanak-kanak rohingya di Selayang dan aktiviti yang diadakan termasuk memberi sumbangan buku teks sekolah kepada kanak-kanak rohingya. Jadi, saya di sini ingin meminta jasa baik dari pihak tuan untuk membantu persatuan saya dalam memberi sumbangan buku teks kepada kanak-kanak rohingya. Di sini saya sertakan proposal program. Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini, Terima Kasih. | Wassalam. Kami sangat menghargai pergorbanan tuan dalam membantu kanak-kanak Rohingya. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Tuan Haji Razali Che Mat melalui talian 03-21479155 atau Encik Azimin Daud 03- 21479485 untuk sebarang pertanyaan. | Lain-lain | 08.06.2017 |