Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.leng.ga.ra.an] | سلڠݢاراءن

Definisi : 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, me­nge-lo­la­kan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan?Salam sejahtera,

Tuan,

Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.01.2018
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan.Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'.Makna29.03.2008
APAKAH MAKSUD BAGI SASTERA,CERPEN,NOVEL,PUISIDAN DRAMA?

Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. 

Untuk makluman saudara tiada definisi umum yang konkrit tentang puisi moden (sajak).Sila rujuk pendapat yang dikemukakan oleh Za'ba, Muhammad Haji Salleh, William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge , Robert Frost, Braginsky dan Harun Mat Piah tentang takrif puisi. Misalnya, mengikut Coleridge, puisi ialah perkataan terbaik dalam susunan terbaik.Cerpen, novel dan drama ialah cereka rekaan yang ditulis dalam bentuk naratif. Secara umumnya takrifan cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000patah perkataan, dan novel lebih daripada itu.Drama ialah prosa/puisi yang mengandungi dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.Antara komposisi drama ialah seni lakon/muzik/.

Lain-lain30.01.2008
Assalamualaikum, Apakah maksud bahan sastera? Bahan bukan sastera? Karya naratif? Karya bukan naratif? Berikan penjelasan yang lengkap. Terima kasih.Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. Naratif ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa.Lain-lain26.08.2013
Salam, ingin bertanya mengenai penggunaan senggara & selenggara, saya telah baca semua q&a dan faham ia sisipan 'el' dan adalah varian spt guruh/gemuruh. Q: adakah ada prioriti/praktis/lebih formal/lebih baik penggunaan antara salah satu perkataan senggara/selenggara dalam tulisan spt panduan penggunaan, dokumen rasmi atau signage? atau diterima umum sbg 100% sama taraf penggunaan? terima kasih & selamat tahun baru 2022Kata “senggara” dan “selenggara” mempunyai maksud yang sama iaitu mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Dalam penulisan rasmi, kata “senggara” (menyenggarakan, disenggarakan, tersenggara, penyenggaraan dan penyenggara) dan "selenggara" (menyelenggara, menyelenggarakan, diselenggarakan, terselenggara, penyelenggaraan, selenggaraan dan penyelenggara) sama tarafnya dan boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama.   

Tatabahasa04.01.2022

Kembali ke atas