Adakah perkataan 'yang' boleh digunakan di awal ayat? Mohon penjelasan selengkapnya beserta contoh untuk penggunaan perkataan 'yang' yang betul dalam tatabahasa. | Kata majmuk pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang. Ini dapat dilihat dalam contoh yang berikut: 1. 1. Warna yang merah itu warna kegemaran kakak saya Yang merah itu, warna kegemaran kakak saya. 2. 2. Mereka yang rajin dan berusaha selalunya Berjaya Yang rajin dan berusaha, selalunya berjaya | Tatabahasa | 17.11.2020 |
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...bagaimanakah peribahasa ini selengkapnya? Mohon diberikan contoh ayat yang menggunkakan peribahasa ini? Terima kasih | Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya kehidupan Encik Ali di negeri orang, namun beliau tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti. Langkah Encik Ali itu umpama bidalan "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri". | Lain-lain | 16.04.2012 |
Adakah frasa "basah kuyup" mempunyai tanda sempang dan dikira sebagai kata ganda? Mohon penjelasan selengkapnya. Terima kasih. | Frasa "basah kuyup" tidak mempunyai tanda sempang dan bukan dalam golongan kata ganda. Frasa tersebut mengandungi dua perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri, mempunyai maksud yang berbeza dan boleh membentuk ayat. | Ejaan | 14.06.2021 |
meN-...-kan : diikuti objek tidak bernyawa meN-...-i : diikuti objek bernyawa konsep di atas diterangkan dlm prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bernyawa&d=10 Persoalannya , adakah ayat benefaktif tidak mengikut konsep spt di atas? saya keliru krn penggunaannya berlainan spt yg terdpt dlm tatabahasa dewan edisi ketiga (ms/ 197). cth ayat 'Ayah membelikan adik buku'. Dlm ayat tersebut perkataan 'adik' ialah objek bernyawa. Mohon penjelasan yang selengkapnya. | Penggunaan meN-..-kan diikuti objek tidak bernyawa, manakala meN-...-I diikuti objek bernyawa hanya pada kata kerja tertentu sahaja, dan bukan untuk semua kata kerja. Itu pun untuk menentukan penggunaan apitan men-...-kan atau men-...-i yang sesuai dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya. Contohnya: Memberi 1. Ali memberi kucing makanan. 2. Ali memberikan makanan kepada kucing Sila lihat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207 perenggan bertanda (II) Manakala contoh ayat "Ayah membelikan adik buku" tidak termasuk dalam penerangan di atas. Ayat ini dibawah tajuk aspek makna apitan men-...-kan yang menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud benefaktif atau manafaat. Contoh: 1. Ayah membelikan adik buku. (memberi manfaat kepada adik) 2. Saya memasakkan tetamu gulai ikan (memberi manfaat kepada tetamu) | Lain-lain | 27.08.2014 |
skop tugas seorang editor. | Tugas Editor Secara Umumnya: 1. Membuat penilaian manuskrip 2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan 3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi 4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC) 5. Menyediakan perwajahan buku 6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual. Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa | Lain-lain | 23.10.2009 |
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI FORMAT SURAT RASMI MENGIKUT PROTOKOL YANG BETUL UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN | Puan Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sdr. Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk menghuraikan perkara mengenai protokol ia memerlukan masa yang lama. Jadi saya suka mencadangkan puan merujuk buku yang ditulis oleh Encik Moktar Mohd. Tohar untuk mendapatkan maklumat selengkapnya. Manakala bagi format surat rasmi- kertas yang digunakan untuk menulis surat rasmi mestilah menggunakan kepala surat, dengan alamat, logo korporat, alamat pos, nombor telefon dan faks. Seterusnya mesti ada nama pengirim dan penerima serta gelarannya. kata sapaan yang betul bagi penerima perkara atau tajuk surat berkenaan isi - bergantung berapa banyak isi yang ingin ditulis kesimpulan surat yang ditulis frasa penutup dan slogan yang terkini Tandatangan pengirim / nama dan gelaran pengirim / singkatan b.p. (bagi pihak) – jika berkenaan. - Dokumen disertakan / salinan kepada.
. | Lain-lain | 02.03.2009 |
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih. | Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya. | Tatabahasa | 10.09.2008 |