Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin | Puan Robiaton, Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ... | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Selamat sejahtera. Saya mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanya. Saya telah melampirkan fail dalam pertanyaan ini. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. | Pilihan jawapan yang betul ialah: 1. selewat-lewatnya pada 2. selewat-lewatnya pada hari 3. selewat-lewatnya pada hari 4. akan/boleh/dapat 5. dengan | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasih | Sila kemukakan surat permohonan rasmi kepada: Ketua, Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.
| Lain-lain | 25.10.2012 |
Maklumat yang telah dilengkapkan dan dikemaskini hendaklah die-melkan ke Bahagian ini selewat – lewatnya pada 27 Mac 2014, Khamis bagi tujuan penyelarasan menerusi e-mel kepada mirsha@kkr.gov.my | Mohon kemukakan soalan puan dengan jelas. | Lain-lain | 19.03.2014 |
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya. | Berikut merupakan ayat-ayat yang betul: 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya. 6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya | Tatabahasa | 22.09.2021 |
Sila pilih frasa/penanda wacana yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). 1. Selain daripada itu 2. Selain dari itu 3. Lain daripada itu 4. Lain dari itu 5. Tambahan lagi | Penanda wacana yang betul ialah nombor 3 dan 5: “Lain daripada itu” dan “Tambahan lagi”. | Tatabahasa | 22.09.2021 |
Hope you can reply me regarding the query which I just sent you, as I need the reply urgently. Thank you | Kami akan memberikan jawapan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari bekerja. | Lain-lain | 16.07.2018 |
Sila pilih jawapan yang betul dari segi penggunaan istilah. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan sekiranya kedua-dua pilihan itu adalah betul. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Guru merupakan pekerjaan yang amat penting dalam (bidang/sektor) pendidikan. 2. Rasuah dapat dikaitkan dengan perlakuan memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat (kepentingan/keistimewaan) sebagai balasan. | 1. Bidang dan sektor. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 2. Kepentingan dan keistimewaan. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.09.2021 |
As'salam, saya azrai daripada KWSP HQ di jalan raja laut. saya memohon bantuan untuk terjemah terma terma akaun yang dikeluarkan oleh Malaysian Accounting Standard Board kepada bahasa malaysia. sila rujuk dokumen yang dilampir. sata sudah terjemah mengikut kesuaian, harap pihak DBP dapat memberi maklum balas selewat lewet nya pada 24 november 2017. | Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Kami memerlukan sedikit waktu lagi untuk menyemak dan jawapan akan die-melkan terus kepada tuan. | Lain-lain | 22.11.2017 |
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang? | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 09.03.2010 |