Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin | Puan Robiaton, Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ... | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasih | Sila kemukakan surat permohonan rasmi kepada: Ketua, Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.
| Lain-lain | 25.10.2012 |
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang? | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 09.03.2010 |
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih. | Sdr, Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009. TK. | Lain-lain | 16.03.2009 |
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga. | Lain-lain | 11.03.2008 |