Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. o’s own interests, diri (sso) sendiri: he has no thought of ~, dia tdk memikirkan diri sendiri; she puts ~ first, dia mengutamakan dirinya sendiri. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : o’s /better, worse/~ , sifat sso yg /baik, buruk/; o’s usual ~ , spt biasa: he was his usual jovial ~ when I last saw him, dia riang spt biasa pd kali terakhir saya berjumpa dengannya; the subconscious ~, diri separa sedar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. basic personality or nature, diri: in the crisis his true ~ was revealed, krisis itu telah mendedahkan dirinya yg sebenar; we are able to glimpse Shakespeare’s very ~ from some of his works, kita boleh melihat diri Shakespeare yg sebenarnya drpd sesetengah karyanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata self


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah 'self-pickup' atau 'self-collection' dipadankan dengan 'swapungut'? Contoh penggunaan, there will not be postal fees if the customer goes for self-pickup/self-collection at our outlets diterjemahkan sebagai Caj pengeposan tidak akan dikenakan jika pembeli memilih untuk swapungut di cawangan kami.Perkataan swapungut boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai untuk "self-pickup" atau "self-collection" ialah ambil atau pungut sendiri.Istilah15.10.2018
Saya ingin menyemak terjemahan perkataan self dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam bidang sosiologi, self-identity atau self-attachment. Saya menggunakan perkataan kendiri sekarang untuk tujuan penulisan akademik. Saya ingin mendapatkan nasihat dari pegawai DBP berkenaan hal ini.Berdasarkan rujukan kami, "self-identity" dipadankan sebagai pengenalan diri dan "self-attachment" sebagai pertautan diri. Penggunaan perkataan "diri" atau "kendiri" yang merujuk kepada perkataan sumber "self" bergantung kepada konteks penggunaan.Istilah14.11.2019
Assalam, Saya pensyarah uthm sedang membangunkan polisi memerlukan terjemahan tepat bagi perkataan berikut 1) self-reliant 2) self-improvement Terima kasih atas maklum balas Dr AliasWaalaikumussalam...
Terjemahan yang sesuai bagi:
 1) self-reliant - berdikari
2) self-improvement - kemajuan diri
Makna12.06.2017
Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah: 1. experiencing self 2. remembering/evaluating self 3. peak-end 4. duration neglect 5. common error 6. focusing illusionCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi experiencing self ialah swaalami, remembering self ialah swaingati, peak-end ialah hujung puncak, duration neglect ialah pengabaian tempoh, common error ialah kesalahan lazim, dan focusing illusion ialah ilusi berfokus.

Istilah06.01.2024
apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balasUntuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah.

Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan.


Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri.
Penyemakan dan penterjemahan04.03.2015
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau PinangCadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada:
1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri
2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri
3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 
4. self realization - realisasi kendiri
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.  
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2014
Self esteem: Apakah istilah terjemahan dalam Bahasa Malaysia ?Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah harga diri.Istilah28.01.2008
Salam sejahtera, bolehkah tuan mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "self-media"? Adakah media kendiri sesuai untuk digunakan? Berikut merupakan definisi self-media dalam bahasa Inggeris: Independently operated accounts run by individual users posting self-produced content on social media platforms. Konteks ayat: I'll expose you through self-media platforms. The accounts that I know have millions of followers and they are highly influential. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bantuan tuan terlebih dahulu.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


self-media
- swamedia


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.06.2021
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"?Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami.  Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan.Istilah08.05.2009
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau'Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan.Istilah14.03.2013
1234567

Kembali ke atas