Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selfie


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan terjemahan untuk perkataan "selfie stick" atau kayu yang digunakan untuk mengambil gambar selfie?Terjemahan "Selfie stick" yang dimaksudkan dalam soalan mengikut istilah ialah monopod.

Terima kasih.
Istilah06.06.2017
Adakah perkataan selfie merupakan perkataan baharu dalam kamus?? jika benar.. apakah maksud perkataan tersebut serta perkataan selfie merupakan kata dasar bagi apa??
Berdsarkan dapatan di Internet, Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuat naik ke laman sosial. Menurut data perkataan selfie terakam pada tahun 2002 lagi di Australia, namun perkataan ini menjadi popular pada tahun 2013 lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan tokoh dunia. Perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. 


Istilah11.01.2014
Mana satu yang betul? - gambar 'selfie'nya - gambar 'selfie'-nyaPerkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu.Lain-lain03.11.2015
Salam, Saya nak tanya mengenai perkataan "selfie"... adakah ia masih boleh digunakan dalam iklan atau hanya boleh menggunakan perkataan "swafoto" ? Saya nampak setengah iklan ada guna "selfie" dan ada juga "swafoto". Saya nak pastikan yang manakah harus diguna. Terima kasih.Waalaikumussalam,
Maksud selfie daripada bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah bermaksud swafoto iaitu mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital. Di dalam iklan hanya perkataan swafoto sahaja boleh digunakan.
Makna22.11.2017
Apakah padanan kata bagi kata Inggeris selfie yang banyak digunakan dalam media sosial? Terima kasih Dr S. NathesanPerkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu perlu diitalikkan.Istilah03.09.2014
Bolehkah perkataan 'swapotret' digunakan untuk menggantikan perkataan 'selfie'Belum ada padanan untuk perkataan selfie, hal ini perlu kami rujuk kepada pihak yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP sebelum diberikan padanan dalam bahasa Melayu seperti cadangan tuan.Istilah16.09.2014
Saya telah membaca beberapa berita yang menyatakan bahawa perkataan selfie, hashtag dan tweet muncul dalam Kamus Dewan. Adakah perkataan ini diitalikkan?Untuk makluman perkataan "selfie, hashtag dan tweet' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Ketiga-tiga perkataan ini juga belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang rasmi.  Oleh itu, penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.Istilah01.12.2015
Assalam tuan...saya ingin bertanya tentang perkataan lain dalam bahasa Melayu yang boleh merujuk kepada "selfie" (bergambar bersendirian) seperti yang biasa digunakan di laman sosial Facebook dan sebagainya...sekian pertanyaan saya
Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. 
Istilah25.06.2014
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut:

Selfie - Swafoto 
Role Model  – Suri Teladan 
Road Show - Jerayawara 
Back Drop - Latar Pentas 
Bunting -  Gegantung
Highlight   - Imej Tumpu 
Parking - Tempat Letak Kereta
Postmortem -  Pascanilai
Istilah05.12.2016
Ackhmed Aizat 09:31 Salam, mengapa perkataan "selfie" diterjemah kepada "swafoto" dan bukannya "swagambar"?Salam, Untuk makluman, kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Akan tetapi, pihak kami telah memilih swafoto untuk penggunaan rasmi.Istilah30.11.2016
12

Kembali ke atas