Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.mut] | سليموت

Definisi : 1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik selimut yg dipanaskan dgn arus elek-trik; berselimut 1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); berselimutkan mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; menyelimutkan 1. mengenakan (mema­kai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll); memperselimut menjadikan (mengguna­kan) sbg selimut: ia pun ~ kain sarungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.mut] | سليموت

Definisi : kain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak ke­sejukan; kain gebar. berselimut me­makai atau menggunakan selimut; ber­selubung dgn selimut: Busu tidak su­ka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuh­nya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Pencuri dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa berkubang dalam selimut betul . -----------------------------

Frasa "berkubang dalam selimut" - betul dan boleh diterima dalam bahasa percakapan tetapi tidak dalam konteks rasmi.

Tatabahasa06.04.2009
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimutGunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat.Makna09.05.2008
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala.
Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik.

Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama.
Sastera19.08.2024
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas
2. Warm glow  - Sinaran Hangat/Panas
3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin
4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat
5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat
6. Governing law -  Undang-Undang Pemerintah
7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir
Terima kasih.
Makna04.09.2020
Apakah istilah sesuai untuk 'throw pillow' dan 'throw blanket' dalam bahasa Melayu?Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) throw pillow: bantal serak

2) throw blanket: selimut serak

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah18.04.2022
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013

Kembali ke atas