Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.par] | سليڤر

Definisi : sj alas kaki, capal, selop; ~ jepun selipar drpd getah yg mempunyai tali berbentuk ‘v’ dan hujungnya dikepit antara ibu jari dgn jari kedua (ketika memakainya); berselipar memakai selipar: kebanyakan kami lebih suka ~ sahaja ketika berehat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.par] | سليڤر

Definisi : alas kaki yg tidak menutupi tumit atau belakang kaki. ~ jepun selipar drpd getah dsb yg mempunyai tali berbentuk ‘V’ dan hujungnya dikepit antara ibu jari dgn jari kedua (ketika memakainya). berselipar memakai selipar: Mereka ditegur kerana hanya ~ ketika menghadiri kuliah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selipar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun.Ejaan20.03.2012
Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa baju Melayu ditulis dengan menggunakan huruf besar sedangkan selipar jepun dan mi jawa ditulis dengan huruf kecil? Sekian, terima kasih.Baju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Manakala selipar jepun dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Ejaan14.11.2012

Kembali ke atas