Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.long.kar] | سلوڠکر

Definisi : ; menyelongkar mencari (meme­riksa dll) dgn membongkar-bongkar, mem­bongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari (memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis; penyelongkaran perbuatan menyelongkar, pembongkaran: ~ polis mencari barang-barang makanan; penyelongkar orang atau binatang yg me­nye­longkar: ~ bilik tamu itu sudah dapat dikenal pasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.long.kar] | سلوڠکر

Definisi : ; menyelongkar membong­kar-bongkar utk menyiasat atau utk mencari sesuatu: Pegawai-pegawai kas­­tam telah ~ bot-bot nelayan itu. pe­nyelongkar orang atau haiwan yg menyelongkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selongkar
Kata Terbitan : menyelongkar, penyelongkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya selongkar dbp.gov.my untuk mencari alamat email editor semua majalah DBP, tetapi gagal ditemui. Sukacita jika tuan / puan dapat emailkan saya alamat semua editor majalah DBP. Terimakasih. Noordin

Tuan boleh menghubungi editor melalui e-mel yang berikut :

1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my

2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my

3. Dewan Ekonomi -junaidah Ahmad Ghazali -jun@dbp.gov.my

4.Dewan Kosmik -Norizan Muslim -norizan@dbp.gov.my

5.Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my

6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my

7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my

8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my

9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my

10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain03.12.2010
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019

Kembali ke atas