Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 24.01.2012 |
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), meÂnyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri. Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
1) Apakah terjemahan yang betul atau tepat untuk Hand Sanitizer? 2) Manakah penggunaan kata yang betul, selsema atau selesema? | 1) Hand sanitizer - pensanitasi tangan. 2) Ejaan yang betul adalah selesema. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2020 |
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih. | Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing. | Tatabahasa | 10.02.2017 |