Frasa 'seluar dalam' itu adalah kata majmuk atau frasa nama(inti + penerang) | Seluar dalam ialah frasa nama. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar. 2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . | Tatabahasa | 28.06.2010 |
1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar. | 1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik 2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasih | Mengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. | Makna | 18.07.2023 |
Assalamualaikum, Apakah padanan istilah yang sesuai untuk "tailored shorts' agar dapat dibezakan dengan seluar pendek yang digunakan untuk bersenam/bersukan? http://www.wisegeek.com/what-are-tailored-shorts.htm Terima kasih. | Tiada maklumat berkaitan tailored short dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan tailored short diberikan padanan ‘seluar pendek ikut potongan’. Frasa ini merupakan perkataan umum, bukannya istilah. | Makna | 24.05.2018 |
'lounge pants' dalam bahasa Melayu apa ya? | Kami mencadangkan "lounge pants" diterjemahkan sebagai "seluar santai". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Apakah perkataan sesuai bagi merujuk kepada 'Sweatpants' dalam konteks fesyen dan artikel berkenaan pemakaian? Sweat merujuk kepada peluh tetapi ia tidak sesuai dan menepati maksud sebenar 'Sweatpant'. Terima kasih | Terjemahan bagai "Swear pants" ialah "Seluar Peluh". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.08.2014 |
Untuk perkataan seperti daun, keluarga seluar, durian. setengah pencetak buku menceraikan suku kata di atas seperti 1.du ri an/ da un/ke lu ar ga/ se lu ar 2. du rian /daun/ke luar ga/se luar Soalan: Dalam kontek suku kata, mana yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan.Terma kasih | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata yang betul bagi perkataan yang diajukan ialah 1. du.rian 2. daun 3. ke.luar.ga 4. se.luar. | Lain-lain | 20.02.2022 |
Saya Arnan bin sulaiman belajar Bahasa Melayu dasar , Universiti fatoni ingin bertanya: apakah makna " calana" dalam Bahasa Melayu terima kasih | Tiada perkataan "calana" dalam data kami. Walau bagaimanapun, perkataan yang paling hampir dengan "calana" ialah "celana" yang bermaksud sejenis pakaian berkaki yang dipakai dari pinggang ke bawah, contohnya seluar. | Makna | 03.11.2015 |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TK | Perkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2013 |