| Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap" dan "kepada".Kalau melibatkan perasaan..perlu guna terhadap atau kepada.. Contoh: 1. Saya cinta kepada negara/ Saya cinta terhadap negara. 2. seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada bahasa kebangsaan/seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Mohon pihak DBP memberikan penjelasan tentang pengunaan terhadap dan kepada dalam konteks abstrak/perasaan..eg. pengorbanan, kesetiaan dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021) halaman 721 dan 1054, kata sendi nama “terhadap” bermaksud menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu; dan berkenaan dengan atau tentang. Kata sendi nama “kepada” bermaksud arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri); menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu (terhadap); menyatakan hubungan pemilikan, penguasaan, pengawalan dan sebagainya antara seseorang atau sesuatu dengan seseorang atau sesuatu yang lain. Penggunaan kata sendi nama terhadap dan kepada boleh digunakan bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Ayat yang sesuai: Saya cinta kepada negara. (terhadap tidak sesuai digunakan) Seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada/terhadap bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 13.10.2025 |
| Salam, Benarkah penggunaan istilah Hari Kebangsan kini sudah ditukar kepada Hari Kemerdekaan? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 14.08.2012 |
| Salam, Adakah hari kemerdekaan bukan nama khas ?Apakah beza hari kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan?Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna hari Kemerdekaan juga ialah hari Kebangsaan tetapi hari Kebangsaan tidak semestinya hari Kemerdekaan. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
| Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60 | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60" | Lain-lain | 14.08.2017 |
| Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957 | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 13.08.2016 |
| Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka. | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
| Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka? | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
| adakah "merakyatkan" betul? | Istilah merakyatkan betul yang bermaksud menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. | Istilah | 03.02.2010 |
| terangkan apakah maksud ummah? | Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa. | Makna | 04.10.2002 |
| MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak. | Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan. | Makna | 27.12.2012 |