Bolehkah dua kata ganda diletakkan berturutan dalam satu ayat? Sebagai contoh “Benar, ayah. Belalang sembunyikan dalam semak-semak kira-kira sebatu jauhnya dari bendang itu,” kata Belalang. | Penggunaan kata ganda dalam ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. Tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa kata ganda tidak boleh diletakkan berturutan dalam satu ayat. | Tatabahasa | 25.02.2016 |
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana? | 1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus. 2. Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Tuan, perkataan semak samun perlu ditulis dengan meletakkan tanda sempang atau tidak? semak-samun atau semak samun? | Ejaan yang betul ialah semak samun. | Ejaan | 12.06.2012 |
semak semula atau semak balik? | Yang betul dan gramatis ialah semak semula. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Mencantas semak samun. Boleh ke mencantas semak samun? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll). Dalam konteks semak samun, perkataan mencantas dan memangkas semak samun boleh digunakan, iaitu yang bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
SEMAK EJAAN PADA BANNER | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan puan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 27.02.2020 |
Semak ejaan | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke Kaunter Sah Bahasa di pejabat-pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Lain-lain | 13.09.2018 |
Semak Frasa, yang mana lebih bersesuaian dan tepat untuk digunakan Selamat Menyambut Hari Merdeka atau Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan atau Selamat Menyambut Hari Kebangsaan | Untuk makluman, frasa yang diberikan ketiga-tiganya betul. Sungguhpun begitu, terdapat maksud yang berbeza, iaitu: 1. Hari Kemerdekaan ialah hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara 2. Hari Merdeka bermaksud hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara 3. Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat | Lain-lain | 30.08.2018 |
semak ayt jika ada ejaan yang salah | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk novel. (2) Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman. (3) Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP. (4) Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
semak iklan ini | Sila buat permohonan pengesahan iklan dalam talian melalui dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.03.2018 |