Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ma.kan]/[sé.ma/.kan] | سيمقن

Definisi : catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ma.kan]/[sé.ma/.kan] | سيمقن

Definisi : hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semak2
Kata Terbitan : menyemak, semakan, penyemakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "self-check" sesuai diterjemahkan kepada "semakan sendiri" atau "semakan-sendiri"? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Padanan terjemahan yang sesuai untuk self-check ialah semakan sendiri atau semakan kendiri.Penyemakan dan penterjemahan18.09.2019
Mohon semakan bahasaSemakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.07.2024
Semakan dari rumi ke jawi. Rumi: Bulan Kesedaran Kanser Payudara Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa andaPadanan tulisan Jawi yang betul untuk:

Bulan Kesedaran Kanser Payudara Pengesanan Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa Anda ialah:

                                                
           
            بولن کسدرن کنسر ڤايودارا
    ڤڠسنن اول بوليه مپلامتکن پاوا اندا
Lain-lain03.10.2024
Semakan tulisan jawi bagi Madrasah EhsaniahEjaan Jawi yang betul bagi Madrasah Ehsaniah ialah "مدرسة اﻹحسانية"Ejaan20.05.2024
SEMAKAN TULISAN JAWI BAGI JABATANEjaan bagi teks Jawi dalam visual tersebut betul.
Walau bagaimanapun, sila tambah tanda koma selepas JALAN HAJI ABDUL RAHMAN, dan tambah tiitk selepas PAHANG.
Lain-lain24.07.2022
Semakan Nama Syarikat Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera Tuan/Puan, Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk. Bagi wakil pihak syarikat, saya ingin mengajukan soalan berkenaan nama syarikat kami iaitu Pro Kos Konsult Sendirian Berhad. Pihak syarikat ingin membuat pengesahan dengan pihak Dewan bahasa dan Pustaka berkenaan pengunaan nama syarikat. Ia adalah untuk permohonan lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran Selayang. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Lain-lain23.06.2022
Semakan ejaan dan kelulusan

      Permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Sila betulkan kepada SDN. BHD.   (titik perlu untuk singkatan)  dan NO. LESEN:  (Masukkan titik ).

Lain-lain06.04.2022
Semakan dan kelulusanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan melalui https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Lain-lain06.04.2022
Semakan maksud performa dalam penggunaan bahasa melayuUntuk makluman pihak tuan, tiada perkataan perfoma dalam bahasa Melayu.Makna16.09.2021
Semakan peryata kwsp akaunSila berikan soalan yang berkaitan.Lain-lain03.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas