semangat bekerjasama atau semangat kerjasama? nilai berdedikasi atau nilai dedikasi? | Penggunaan yang betul ialah semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi. Semangat bekerjasama merujuk pada kemahuan untuk berbuat sesuatu secara bekerja bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang) bergotong-royong. Imbuhan beR- dalam bekerjasama membawa pengertian bersama-sama. Manakala berdedikasi merujuk pada sifat pemikiran yang tinggi atau kesanggupan mengorbankan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Imbuhan beR- dalam berdedikasi membawa pengertian mempunyai. Rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan aspek makna awalan beR-. | Tatabahasa | 10.03.2014 |
tuan, 'semangat kerjasama' atau 'semangat bekerjasama'? sekian terima kasih. | jawapan yang betul ialah semangat bekerjasama | Tatabahasa | 27.04.2011 |
Tuan, Yang manakah satu yang betul, semangat patriotik atau semangat patriotisme? Cerpen itu bertemakan sifat patriotik atau patriotisme? Chan, Penang. Terima kasih. | menurut Kamus Dewan, patriotik ialah semangat patriot. Patriotisme ialah persaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ayat yang betul ialah Cerpen itu bertemakan patriotisme atau Cerpen itu bertemakan sifat patriotik. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
apakah maksud "tumpul semangat" | Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat. | Makna | 09.01.2011 |
SEMANGAT CEKAL | SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR | Tatabahasa | 14.12.2010 |
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja. | Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit. Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi. | Makna | 17.02.2010 |
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. | [(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.] Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. | Tatabahasa | 23.05.2014 |
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. | Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu. | Tatabahasa | 16.05.2017 |
Seminar Semangat Sukarela Seminar Sukarelawan | Seminar Semangat Sukarela | Tatabahasa | 28.03.2008 |