"Ampunkan ................. tuanku", sembah pengawal istana itu. A. beta B. patik C. hamba Apakah jawapannya, saya kurang pasti patik atau hamba. Tolong terangkan kepada saya. Terima kasih. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh itu jawapan yang tepat ialah B. patik | Istilah | 01.10.2015 |
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasih | Selamat ptg: Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut: DAULAT TUANKU, MERAFAK SEMBAH, UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, SEMBAH TAKZIM, DARIPADA | Lain-lain | 08.11.2016 |
Bukankah kata soal tidak boleh diletak dalam ayat penyata? Tolong betulkan tatabahasa ayat ini. Terima kasih. "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." | Ayat, "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." tidak perlu diletakkan tanda soal di hujungnya kerana ayat tersebut bukan ayat tanya. | Tatabahasa | 22.01.2018 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang kata dasar bagi perkataan persembahan? Adakah sembah? Mohon penjelasan pihah DBP. Terima kasih. | Apitan per-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu apabila bergabung dengan semua kata dasar kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, yang satu r harus digugurkan. Oleh itu, Kata dasar bagi persembahan ialah sembah. | Tatabahasa | 02.06.2020 |
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami | 1. "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. 2. " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. 3. "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. 4. Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. | Tatabahasa | 09.05.2014 |
Ada dua rujukan yang saya baca. Pertama mengatakan perkataan [persembahan] mempunyai 2 morfem, iaitu sembah (morfem ebbas) dan apitan per-...-an dikira sebagai satu kesatuan dan dikira sebagai satu. maknanya ada 2 morfem di situ. Namun satu lagi rujukan (tatabahasa dewan) mengatakan perkataan [berkakikan] terdapat 3 morfem. Awalan ber (1 morfem), kaki (1 morfem) dan akhiran -kan (1 morfem). Antara keduanya yang mana satu tepat? | Kedua-dua pandangan dan contoh itu betul bergantung pada aspek yang dinilai. Contoh pertama, persembahan mempunyai dua morfem, iaitu: 1 - sembah dan 2 - per-...-an (menganggap apitan sebagai satu morfem). Contoh kedua, berkakikan mempunyai tiga morfem, iaitu: 1 - awalan ber, 2 - kaki, dan 3 - akhiran kan. Buku Tatabahasa Dewan memisahkan setiap morfem terikat sebagai satu morfem. | Tatabahasa | 31.07.2015 |
"Patik mohon menghadap tuanku," sembah petani tua itu setelah dipanggil ke istana oleh Sultan Shahbuddin. adakah "Patik" betul diguna, atau "Hamba" terima kasih. | Patik bermaksud hamba tetapi digunakan sewaktu bercakap dengan raja. Oleh itu, penggunaan patik dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa? | Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja. | Istilah | 12.03.2018 |
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja? | Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA?? | Saudara Hoe, Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa. | Lain-lain | 28.05.2010 |