______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segera | Kata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai. Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
1.Saya mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Ali. Adakah ayat di atas betul? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'? | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas. | Makna | 06.02.2019 |
Adakah sihat boleh digunakan untuk haiwan seperti dalam ayat kucing itu sudah sihat.. terima kadih | Dalam konteks ini, pemilihan kata yang betul ialah “Kucing itu sudah sembuh”. | Makna | 18.03.2014 |
Tuan/Puan. Bagaimanakah kita dapat membezakan perkataan 'menghidap' dan 'menghidapi'. Berdasarkan takrif yang diberikan secara online, menghidapi ialah menanggung sesuatu penyakit dgn lama(kamus dewan) manakala menghidap ialah menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh(kamus pelajar). Terima kasih. | Perkataan menghidap dan menghidapi sama sahaja maksud, namun perkataan menghidap lebih banyak digunakan berbanding dengan menghidapi. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Apakah maksud 'hospis' dengan lengkap? | Untuk makluman, tidak terdapat maksud "hospis" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "jagaan hospis (hospice care)" dalam bidang Gerontologi yang bermaksud "Penjagaan yang diberikan kepada individu yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh." | Makna | 26.09.2013 |
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasih | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 15.07.2016 |
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasih | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada contoh ayat yang dinyatakan di atas. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan. | Lain-lain | 24.04.2019 |
Saya telah meminta khidmat nasihat untuk perkataan English over time (This disease will cure over time). Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang respon. Sedangkan s jawapan dijanji diberi dalam 2 hari bekerja. | Mohon maaf atas kelewatan memberikan respons kepada persoalan tuan/puan. Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama-kelamaan penyakit ini akan sembuh.) | Penyemakan dan penterjemahan | 14.05.2018 |
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c) | Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang. Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar. Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP. | Tatabahasa | 28.04.2009 |