Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu?Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk sementara">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa.Tatabahasa01.10.2012
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih.1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung
2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif
3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama
4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung
5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung
6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama
Tatabahasa05.12.2012
Apakah fungsi perkataan sementara dan untuk dalam ayat-ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya.1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung
1(b) Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif
2(a) Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama
2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung
2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung
2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama
Tatabahasa29.11.2012
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ?1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh.
2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan.
Tatabahasa25.09.2012
Assalammualaikum, Golongan kata bagi perkataan sementara dalam ayat " Hidup ini hanyalah sementara."

Waalaikummussalam,

Golongan kata bagi perkataan 'sementara' dalam ayat ialah golongan kata adjektif/sifat.

Tatabahasa25.11.2012
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang apakah perbezaan antara "sementara" dengan "manakala"? Boleh berikan contoh ayat.Sementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur.Tatabahasa13.02.2012
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung sementara dan sambil. Apakah jawapan yang betul untuk soalan ini? Anuar membaca surat khabar ( sementara, sambil ) menunggu isterinya menyediakan minuman petang.Jawapan yang betul ialah sementara.Tatabahasa18.04.2013
Perbezaan kata 'sementara' dengan 'manakala'kata manakala dan sementara digunakan dalam ayat seperti yang berikut: i. Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena. ii. ramai orang yang cedera dan hilang manakala beratus-ratus kehilangan rumah dalam gempa itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung ayat yang sebelumnya.Tatabahasa15.04.2008
Encik, 1.Penggunaan 'sementara' dalam ayat berikut betul @ salah? "Ahmad suka makan langsat sementara adiknya suka makan duku." 2. Adakah terdapat hukum bahawa 'demi' perlu diikuti oleh kata nama & 'untuk' perlu diikuti oleh kata kerja? Terima kasih.Penggunaan yang lebih tepat ialah manakala. Demi dan untuk tidak semestinya diikuti kata nama atau kata kerja, dan kata tersebut mempunyai makna yang sama.Makna12.09.2007
Adakah perkataan 'sementara' tergolong dalam kata sendi nama? Saya telah merujuk banyak buku namun tidak berjumpa dengan maklumat yang dicari.Perkataan 'sementara' bukan tergolong dalam kata sendi nama.Istilah19.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas