apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu? | Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk sementara">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih | 1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun. | Ejaan | 02.03.2015 |
1) Sementara menunggu ayah, saya telah membaca buku. 2)Sekarang pukul 10 pagi. Saya ada mesyuarat pada pukul 11 pagi.Sementara itu, saya akan pergi ke kedai. Adakah ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah: - Sementara menunggu ayah, saya membaca buku.
- Sekarang pukul 10.00 pagi. Saya akan bermesyuarat pada pukul 11.00 pagi. Sementara itu, saya akan pergi ke kedai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 253 hingga 254 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2030. | Tatabahasa | 07.11.2024 |
Yang mana satu? a. Program Pertukaran Pelajar atau Program Pertukaran Murid b. setelah merujuk kamus dewan bahasa, 'murid' merujuk murid-murid di sekolah rendah dan menengah sementara itu 'pelajar' pula merujuk yang berada di institusi pengajian tinggi. Pohon penjelasan, terima kasih., | Murid dan pelajar hamper sama maksudnya, iaitu orang yang belajar. Ungkapan "Program Pertukaran Pelajar" telah mantap penggunaannya dan lazimnya program ini membabitkan pelajar daripada peringkat menengah dan ke atas. | Tatabahasa | 04.05.2014 |
Perkataan “di samping itu” tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana “di” adalah kata sendi dan “samping” kata nama sisi. Boleh digantikan dengan “serta”/ “selain itu” / “sementara itu” mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan. 'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Slm saya nak tahu connectivsm theory dalam bahasa melayu | Tiada padanan Connectivsm Theory dalam pangkalan data DBP. Soalan anda akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Sementara itu, anda boleh menulis dengan cara condong (italik) untuk penulisan dalam bahasa Melayu, iaitu Teori Connectivsm. | Istilah | 07.05.2018 |
Salam, saya nak tahu connectivsm theory dalam bahasa Melayu, terima kasih | Tiada padanan Connectivsm Theory dalam pangkalan data DBP. Soalan anda akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Sementara itu, anda boleh menulis dengan cara condong (italik) untuk penulisan dalam bahasa Melayu, iaitu Teori Connectivsm. | Istilah | 07.05.2018 |
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ? | 1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh. 2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau) | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara 2. Memangku Pengurus Besar Kanan | Lain-lain | 10.07.2020 |
apakah perbezaan bahasa melayu baku dan tidak baku? | Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan laras bahasa serta sebutan. Biasanya bahasa Melayu baku digunakan dalam situasi rasmi. Sementara itu, bahasa Melayu tidak baku digunakan dalam situasi tidak rasmi, iaitu percakapan, dialog atau penulisan yang digunakan tidak mengikut tatabahasa yang betul. | Makna | 03.09.2024 |