"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?" | 1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggal | Ejaan | 19.08.2013 |
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih. | Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini. | Lain-lain | 27.06.2008 |
saya pelajar semester 03 Master Pendidikan Bahasa Melayu. saya menghadapi masalah dalam mencari bahan dan tajuk kertas projek saya. bolehkah pihak tuan mencadangkan tajuk kajian kepada saya dan di manakah saya boleh mendapatkan bahan kajian daripada laman ini? | Saudara dinasihati supaya berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pensyarah saudara tentang tajuk kertas projek yang perlu dilaksanakan. Untuk mendapatkan bahan kajian saudara bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau perpustakaan di tempat saudara mengikuti pengajian. | Lain-lain | 07.07.2008 |
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih | Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. | Lain-lain | 14.06.2011 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA | Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih | Makna | 17.03.2009 |
Salam. Saya melihat tertapat biasiswa yang ditawarkan pada 2005 yang lalu bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda. saya pelajar semester akhir di Universiti Putra Malaysia dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang bahasa Melayu. Pertanyaan saya adalah sama ada terdapat biasiswa untuk saya mohon bagi melanjutkan pengajian saya kelak? | Biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana hanya disediakan untuk staf DBP yang sedang berkhidmat sahaja. | Lain-lain | 22.04.2008 |
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. Sekian | Sdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih. | Lain-lain | 20.08.2007 |
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih. | 1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing. 3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih. | Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. | Lain-lain | 15.06.2009 |