Assalamualaikum, bagaimana saya boleh mendapatkan contoh kertas kerja bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh dbp contohnya seperti seminar Wacana Tulisan Jawi 2014 baru-baru ini. Terima kasih | Kertas kerja seminar anjuran DBP boleh dilihat di Pusat Dokumentasi Melayu dan sebahagian kertas kerja boleh diakses melalui laman web kami di www.dbp.gov.my seperti kertas kerja Wacana Tulisan Jawi (peserta tidak dibekalkan salinan keras). | Lain-lain | 28.02.2014 |
Seminar Semangat Sukarela Seminar Sukarelawan | Seminar Semangat Sukarela | Tatabahasa | 28.03.2008 |
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.' | Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya". | Ejaan | 13.09.2011 |
walk in seminar | seminar terbuka | Lain-lain | 28.07.2008 |
salam, yang mana satu betul? atau pun ada ungkapan lain yang lebih sesuai? terima kasih : "cadangan kertas kerja seminar bahasa" atau "kertas kerja cadangan seminar bahasa" | Kedua-duanya betul, "cadangan kertas kerja seminar bahasa" merujuk kepada kertas kerja berkenaan, manakala "kertas kerja cadangan seminar bahasa" merujuk kepada seminar berkenaan. Walau bagaimanapun lazimnya penyediaan kertas kerja dibuat untuk seminar yang telah dipastikan. Oleh itu, yang paling tepat ialah "cadangan kertas kerja seminar bahasa". | Tatabahasa | 15.06.2011 |
Apakah cadangan nama seminar yg betul untuk "Seminar Bajet Santai 2013" | Cadangan kami "Bual Bicara Belanjawan 2013". | Tatabahasa | 05.10.2012 |
Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu | Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya. | Lain-lain | 19.05.2011 |
(1) Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010 (Ke huruf besar) (2) Seminar Kajian Tindakan ke-3 Tahun 2010 (ke huruf kecil) Yang manakah tepat? | Saudara, Yang betul : Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010. | Lain-lain | 30.11.2009 |
Saya diminta untuk membuat brosur seminar sastera pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu | Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya. | Lain-lain | 19.05.2011 |
Yang manakah yang betul? 1. Dengan ini perakukan bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 2. Dengan ini perakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 3. Dengan ini dikaui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. | Jawapan yang tepat ialah: Dengan ini diperakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. | Tatabahasa | 10.09.2014 |