| 1. dua kali seminggu / seminggu dua kali 2. pendingin udara /pendingin hawa | Jawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ayat tersebut betul, 2. pendingin hawa atau istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. | Lain-lain | 03.04.2010 |
| Ayat ang mana lebih gramatis dan betul penggunaannya. 1. Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan seminggu sekali. 2. Perjumpan aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali seminggu. | Kedua-dua ayat boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
| Mohon semak ayat-ayat berikut: Bahasa Melayu - Buka pendaftaran 7 hari seminggu Bahasa Inggeris - 7 days a week registration ayat-ayat di atas adalah untuk iklan suratkhabar. Terima kasih. | Ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut: Pendaftaran dibuka 7 hari seminggu. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2017 |
| salam sejahtera, 1. Perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal atau kata berimbuhan? i. selepas ii. pelbagai iii. seminggu terima kasih | Wkslm, Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Kata selepas dan seminggu ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. Manakala pelbagai merupakan kata tunggal. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47.
| Tatabahasa | 20.07.2018 |
| Raja Kamariah SAB 10.46 PAGI Assalamualaikum Saya mengalami kesulitan ini hampir seminggu untuk melayari prpm dan laman web DBP. Adakah telah beralih ke alamat lain atau bagaimana? Terima kasih di atas respon pihak Tuan. | Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Laman web DBP telah berfungsi seperti sediakala di url yang sama. | Lain-lain | 20.05.2017 |
| Salam sejahtera. Adakah ayat ini diterima? 1. Kakak akan berada di sini seminggu. | Ayat tersebut boleh digunakan.
| Tatabahasa | 18.01.2017 |
| Salam sejahtera pihak DBP, saya mendapati beberapa soalan saya masih belum dijawab walaupun sudah hampir lebih seminggu diposkan kepada pihak dbp. Saya harap tuan lebih cepat memberi respons. | Pihak kami akan mengambil maklum berkenaan soalan yang diajukan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2020 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan "kehilangan" dalam ayat berikut adalah betul: Dia kehilangan 3 kg dalam seminggu. Terima kasih. | Ayat tersebut kurang tepat kerana lazimnya kata "kehilangan" merujuk makna menderita kerana hilangnya sesuatu. | Tatabahasa | 02.06.2015 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "iyang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - 2 Tahun Minyak Percuma!* - Hanya belanja menggunakan Setel atau tekan nombor telefon - Minimum RM50 seminggu - Minimum RM10 seminggu - Isi Kemeriahan - Ini Baru Mesra - Imbas kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk ketahui lebih lanjut | Ayat pengiklanan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan ialah: 2 Tahun Minyak Percuma! Hanya perlu belanja melalui Aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon. Minimum RM10 - RM50 (seminggu) Nikmati Kemeriahan, Ini Baru Mesra. Imbas Kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2025 |
| Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse | Ayat ini betul. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |