Ayat 1; Kerana kesuntukan masa,mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam. Ayat 2; Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam. Ayat 3; Perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam kerana kesuntukan masa Ayat 4; Semalam, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat kerana kesuntukan masa. Soalan; ayat 2, 3 atau 4 kah yang merupakan ayat pasif bagi ayat 1? | Ayat pasif yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam". | Tatabahasa | 11.06.2014 |
Penggunaan ke atau pada yg betul dalam ayat di bawah. Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. | Ayat yang betul ialah Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. | Tatabahasa | 23.04.2016 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali: 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
| Tatabahasa | 01.10.2012 |
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq | 1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. 2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. 3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. 4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Apakah terjemahan untuk 'just-in-time' dalam bahasa melayu? | Puan boleh kemukakan pertanyaan berkenaan penterjemahan kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan "just in time" dalam bahasa Melayu ialah "sempat". | Penyemakan dan penterjemahan | 17.07.2014 |
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasih | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
- Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
-
Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. -
Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. -
burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. -
Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. -
bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! - saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.12.2018 |
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dan lain-lain). Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA | Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih | Makna | 17.03.2009 |