Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan imbuhan. Antara berikut, yang manakah betul? Aktiviti bersenam atau aktiviti senaman? Sekian, terima kasih. | Aktiviti senaman. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam. | Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa". | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Tepatkah jika "workout" satu istilah dalam sukan bina badan yang berkaitan dengan latihan di gimnasium diterjemahkan sebagai "latihan bina badan"? | Istilah "workout" bermaksud "senaman" atau "bersenam". Dalam latihan di gimnasium, diterjemahkan sebagai senaman bina badan. | Istilah | 16.08.2007 |
tuan, terdapat kesalahan dalam soalan di bawah, 1 jarang benar air yang kau masak ini. 2. mereka melepaskan keletihan selepas senaman. terima kasih atas panduan tuan | 1. Jarang benar air yang kau masak ini. - ayat ini memang salah kerana jarang bermaksud tidak rapat atau renggang 2. Mereka melepaskan keletihan selepas senaman. - ayat ini kurang tepat tetapi boleh diperbetulkan menjadi 'Mereka melepaskan keletihan selepas bersenam.' | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse | Ayat ini betul. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Salam Sejahtera. 1. Ali kelihatan ________ selepas menjalani aktiviti senaman. jawapan : segak atau segar 2. Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina Sekian, terima kasih. | 1. Jawapan yang betul ialah segar. 2. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.09.2013 |
Bolehkah kita memulakan ayat dengan kata untuk atau yang? Contohnya; (i)Yang berikut merupakan faedah melakukan senaman. (ii) Untuk pengetahuan awak, hanya saya dan Mira sahaja yang akan ke sana nanti. | Saudara Zahra, Kedua-dua ayat boleh diterima. Untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata 'yang' dan 'untu' sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Berikut ayat yang telah disemak. 1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi. 2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Apabila menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa. 4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "instructur" dalam bahasa Melayu? (Merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menunjuk ajar cara-cara mengunakan alat senaman bina badan kepada ahli di gimnasium) | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih. | Istilah | 23.09.2007 |
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ? | (1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan (2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan (3) exercise - senaman/latihan (4) drill - latihan/latih tubi (5) practice - amalan/latihan | Makna | 13.10.2009 |