Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nan.dung] | سنندوڠ

Definisi : lagu atau nyanyian (yg dinyanyi-kan perlahan-lahan) utk meng­hiburkan hati sendiri; ~ buaian lagu yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menidurkan anak; bersenandung bernyanyi dgn suara yg per-lahan utk menghibur hati sendiri: dlm sebuah pedati kerbau kedengaran suara seorang laki-laki ~ spt sedang menyedar untung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nan.dung] | سنندوڠ

Definisi : nyanyian yg dinyanyikan perlahan-lahan utk menghibur hati sendiri. bersenandung bernyanyi per­­­lahan-lahan utk menghibur hati sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senandung (kata nama)
Bersinonim dengan irama, qasidah, lagu, nyanyian, dodoi, gita, hawa telinga, pengulit, melodi;,
Kata Terbitan : bersenandung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa?

Sdr. yang dihormati,

Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan  bantuan  kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan  maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Lain-lain02.10.2010

Kembali ke atas