| EJAAN MANA YANG BETUL? 1) SENASKAH ATAU SENASKHAH? 2) PENSIL ATAU PENSEL | Jawapan: 1. senaskhah 2. pensel | Tatabahasa | 25.06.2014 |
| Sakinah Zolkifly Sep 8th, 6:56pm bagaimana nak mngeja. senaskah atau senaskhah? | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan pihak DBP menyediakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti persoalan yang diajukan. Puan boleh klik pada http://prpm.dbp.gov.my dan untuk menjawab persoalan puan itu jawapannya ialah senaskhah --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senaskhah&d=10 | Ejaan | 08.09.2014 |
| Adakah naskhah boleh digunakan untuk penjodoh bilangan buku? Senaskhah buku cerita. Atau Sebuah buku cerita Yang manakah betul? | Naskhah boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk buku. Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP | Makna | 09.05.2023 |
| Salam. Berkaitan penggunaan penjodoh bilangan : naskhah dan buah. 1. sebuah buku 2. senaskhah buku Adakah kedua-dua penjodoh bilangan ini betul? Terima kasih. | Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 18.04.2023 |