Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila pilih perkataan yang merupakan kata sendi nama. 1. apabila 2. setelah

Kedua-dua perkataan bukan merupakan kata sendi nama tetapi merupakan kata hubung pancangan keterangan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut.

Tatabahasa14.10.2021
Selamat sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata sendi "ke". 1. Ayah pergi ke klinik. Adakah ayat di atas betul? Bolehkah perkataan "pergi" digugurkan menjadi "Ayah ke klink."Selamat sejahtera
1. Ayah pergi ke klinik.
2. Ayah ke klinik.
Kedua-dua ayat di atas adalah betul kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa07.08.2014
Dewan Bahasa dan Pustaka, ayat di bawah yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? 1. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya. 2. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. Kata sendi nama "dengan" atau "kepada" lebih tepat digunakan?Ayat yang betul ialah "Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya".Tatabahasa17.08.2014
Soalan kata sendi nama 1. Semua pelancong terpesona _________ keindahan pantai di Pulau Tioman. A. untuk B. akan C. kepada D. daripada Berikut merupakan soalan yang saya temui daripada sebuah buku latihan. Jawapan yang diberikan ialah B.akan. Mengikut Kamus Dewan, terpesona mempunyai maksud 1.kena pesona,terpukau. 2. sangat tergoda,sangat terpikat hati Contoh yang diberikan: terpesona oleh terpesona dengan Di sini, soalan saya ialah "terpesona akan" boleh digunakan atau tidak?terpesona tambah kata sendi "akan"

Cikgu Lye, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah betul kerana jika Cikgu melihat makna yang diberikan ada dinyatakan akan juga membawa makna adapun, perihal, mengenai, tentang, jadi adalah tidak salah sekiranya jawapan yang diberikan ialah akan. Terima kasih

Tatabahasa09.06.2009
Salam sejahtera tuan, saya ada pertanyaan tentang kata sendi nama. 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. Adakah hingga betul? Ataupun kata sendi nama ke lebih sesuai untuk ayat ini? 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. Adakah ke betul? 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi menjaga keamanan negara. Adakah demi/untuk sesuai bagi ayat ini? Terima kasih.
 
1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. 

2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. 


3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi/untuk menjaga keamanan negara. 
Tatabahasa06.03.2021
salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik denganTatabahasa10.02.2010
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu.Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tatabahasa15.02.2010
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda
2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih
3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah:
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain)

Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti

Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
Tatabahasa03.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas