Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Salam sejahtera. Di antara ayat-ayat berikut, yang mana satukah yang betul penggunaan kata sendinya? Mengapa? 1. Saya mencari maklumat di internet. 2. Saya mencari maklumat dari internet. 3. Saya mencari maklumat daripada internet. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah: 1. Saya mencari maklumat di Internet (sendi nama "di" menunjukkan tempat mendapatkan maklumat) 2. Saya mencari maklumat daripada Internet (sendi nama "daripada" menunjukkan sumber mendapatkan maklumat. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Apakah penggunaan kata sendi yang betul bagi ayat di bawah? 1. Dia taat pada suami. 2. Dia taat akan suami. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan tidak sesuai penggunaan kata sendinya. Penggunaan kata sendi yang lebih tepat ialah "Dia taat kepada suami". | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih. | Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
Apakah perbezaan antara kepada , untuk dan terhadap ? Saya menghadapi masalah utk menerangkan kpd anak murid saya yang selalu 'confuse'. Cth ayat anak murid : 1) Pelayan itu menulis pesanan makanan untuk pelanggannya. 2) Pelanggan itu memesan makanan kepada pelayan itu. 3) Kita harulah hormat terhadap ibubapa kita. 4) Lili menulis surat untuk ibunya di kampung. 5) Ahmad menulis surat kepada ibunya di kampung. TQ | Secara keseluruhannya ayat yang dikemukakan adalah betul daripada penggunaan kata sendinya cuma terdapat bebarapa formula antaranya: 1. kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. 2. dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua sendi nama yang seupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,tetapi kecuali dalam penggabungan sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama | Tatabahasa | 18.12.2007 |