Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQ | Kedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ. | Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
| Tatabahasa | 09.10.2012 |
Saya sedang mencari buku Add Math yang diterbitkan oleh DB&P dan kalau tidak silap, telah ditulis oleh Tan Boon Seng. Buku ini pernah saya guna semaSA menghadapi SPM dalam tahun 1985. Buku ini agak tebal berukuran lebih kurang 6" x 10" , berwarna hijau muda dan coklat hitam. Saya sangat memerlukan buku ini untuk kegunaaan anak saya. | Kami memohon maaf kerana tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. Buku berkenaan tiada dalam simpanan pihak kami. | Lain-lain | 04.07.2010 |
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan satu** situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Kempen kebersihan itu tidak berjaya kerana sikap penduduk yang (a) 2. Semua barang di pasar raya Seng Soon dijual pada harga tetap. (a) 3. Jangalah mengikut (a) sebaliknya ikutlah fikiran. | Sdr. terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya kurang pasti apakah sebenarnya bentuk soalan yang ditanyakan? Harap dapat diberikan soalan sepenuhnya supaya mudah saya menangani jawapannya. | Makna | 28.04.2009 |
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu. | 1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
apakah ciri-ciri wacana? | Saudara boleh merujuk bahan ini : 1.Wacana dalam teks Penulisan / Khatijah Abdul Hamid. Dewan Bahasa : 1 Disember 2001 2. Memahami Peranan wacana / Tariqan, Henry Guntur . Pelita Bahasa : 1 Oktober 1996 3. Membina wacana akademik yang mantap / Normala Mohamad Yusof . Pelita Bahasa : 1 Februaru 2007 4. Sejarah Perkembangan Analisis Wacana / Wong Khek Seng . Jurnal Dewan Bahasa : 1 Mei 1992 5. Wacana dan Sejarahnya / Shamsudin Othman . Pelita Bahasa : 1 Mei 1999 6. Wacana perbincangan, perbahasa dan perundingan / Asmah Hj Omar (1996) | Lain-lain | 20.08.2008 |