Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih.Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175.Tatabahasa23.03.2010
1. Bagaimana menulis nama kelab. Adakah perlu menggunakan huruf besar pada setiap pangkal. Contoh: a) Dia mendaftar masuk dalam Kelab Sains dan Matematik 2. Bagaimana menulis nama hari-hari khas yang sengaja dicipta, contohnya Minggu Bahasa Melayu. Perlukah diletakkan tanda petik, atau perlulah menggunakan huruf besar pada setiap pangkal perkataan itu?Nama kelab dan nama hari yang dikemukakan merupakan nama khas dan perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah Kelab Sains dan Matematik, Minggu Bahasa Melayu.Ejaan20.01.2012
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain.  Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my

Lain-lain14.05.2010
Perbezaan antara perkataan menundakan dan menangguhkan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menundakan bermaksud 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong 2. (kiasan) meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak.  Menangguhkan pula bermaksud 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga)  2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll) 

Makna09.09.2011
Adakah papan tanda kedai termasuk dalam kategori papan iklan. Saya namakan kedai saya Kidzzlove . Ayat pada papan tanda kedai ialah. Butik Pakaian Kanak-kanak Kidzzlove. Perkataan Butik Pakaian Kanak-kanak kecil, manakala Kidzzlove lebih besar ,kerana ia adalah nama kedai. Nama kedai adalah kata nama khas. Ejaan Kidzzlove sengaja dieja begitu, sebagai daya tarikan untuk pelanggan mengingati nama kedai yang sedikit unik ejaannya.. Kemusykilan di sini, semua ayat adalah dalam Bahasa Melayu hanya nama khas kedai ialah Kidzzlove, sememangnya tidak terkandung dalam dbp bahawa ia adalah bahasa Melayu, bahkan Bahasa Inggeris pun tidak kerana kids dieja sebagai kidzz..Bagaimana tuan,adakah saya telah melakukan kesalahan dalam hal ini. terima kasih.Wassalam

Papan tanda kedai bukan iklan tetapi papan tanda premis perniagaan yang perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dalam hal ini keterangan aktiviti ialah 'Butik Pakaian Kanak-kanak' - perlu diletakkan di bahagian atas sebelah kiri dengan teks yang paling belas dan jelas. Perkataan  'Kidzzlove' ialah nama kedai, jika telah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat nama itu boleh digunakan. Sebaliknya jika belum didaftarkan, saudara hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang menggambarkan citra kebangsaan. Nama kedai diletakkan di bahagian tengah dan teksnya lebih kecil daripada keterangan aktiviti.

Tatabahasa14.05.2011
selamat sejahtera. Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan tentang bentuk dan golongan kata ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan pembetulan serta ulasan tentang bentuk dan golongan kata ini. Terima kasih di atas kesudian pihak tuan membantu saya.Terdapat beberapa pembetulan:

1. Sebak = kata kerja
2. Cuma = kata tugas
3. Senyum = kata tunggal
4. Tawa = kata kerja
5. Kekasih = kata ganda
6. Inginkan = kata kerja
7. Temui = kata kerja
8. Sengaja = kata kerja
9. Pada = kata tugas
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas